Monday, October 14, 2013

Hari Arafah - 9 Zulhijjah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Harini 9 Zulhijjah kan? Maksudnya harini Hari Arafah, disunatkan berpuasa. 

Ada sahabat mama yang sudi berkongsi dengan mama Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah, 9 Zulhijjah.

Antara fadhilat atau kelebihan berpuasa pada 9 Zulhijjah ialah :

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai Hari Arafah. Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya "Dikafarah (diampun) dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang". - Hadis sahih dari Imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya, iaitu :

~ Orang yang mati syahid
~ Orang yang mengerjakan solat malam di bulan Ramadhan
~ Orang yang berpuasa di Hari Arafah

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berpuasa hari ini.

P/S : Kalau ada antara maklumat yang mama sampaikan ni salah, mintak sahabat-sahabat jangan segan silu tegur mama yer. Terima kasih banyak-banyak. ^_^


No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab