Tuesday, October 29, 2013

Insya Allah, ada hikmah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Semalam, mama rasa kepenatan betul. Kan mama cerita yang pasal kunci tertinggal tu kan? Sebenarnya ada sambungan lagi.

Petang semalam masa nak balik, ingatkan hujan dah berhenti, rupanya lebat dan disertakan kilat. Tapi mama redah jugak tanpa payung. Takla lencun tapi basah la jugak. Naik LRT sejuk-sejuk, kepala dah mula dah. Sabar sajalah. Dugaan dari Allah.

Dah sampai kat kereta, sekali nak start kereta, tak bole pulak. Alamak! Betul-betul namanya tragedi Oktober ni. Telefon papa, papa kerja lagi, ada breakdown katanya, tak boleh nak keluar. Terpaksa telefon abah mama, mintak tolong dari dia. Nak memandai kat tempat parking mintak tolong orang, dalam zaman sekarang, macam-macam boleh jadi. Sementara tunggu abah mama sampai, mama duduk diam-diam dalam kereta. Faham-faham jela tempat parking. 

Agak lama juga baru abah mama sampai. Maklumla hujan lebat berserta kilat. Faham jela KL ni, apa lagi, traffic jam la. Abah datang bawak kawan, pomen kereta. Setelah jumper, start enjin semua, Alhamdulillah, kereta dah boleh hidup. Bateri kong agaknya, padahal nak gerak pagi tadi, ok je takde masalah. Dah sampai waktunya agaknya la tu.

Agak malam jugak mama baru sampai rumah. Amir nampak mama je, terus peluk macam dah lama tak jumpa. Yela, selalu petang dah sampai, ni malam dah gelap baru sampai. Rindula tu.

Apa-apa pun, semalam adalah Tragedi Oktober mama.
Insya Allah, ada hikmah dan kebaikan untuk semua ini.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab