Sunday, October 06, 2013

Hari Raya Haji 2013

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Rata-rata berita sekarang berkaitan keberangkatan para tetamu Allah ke tanah suci Mekah, bermakna tak lama lagi akan bermulanya musim Haji serta perayaan Hari Raya Haji atau ada yang panggil Hari Raya Korban. Kepada para tetamu Allah, mama ucapkan tahniah kerana telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Mama doakan semoga keberangkatan kalian dirahmati dan diberkati Allah serta memperoleh haji yang mabrur. Kepada yang akan melaksanakan ibadah korban, mama doakan semoga niat dan ibadah kalian diterima Allah. Insya Allah, aamiin.

Malam semalam telah diumumkan hari kebesaran ini yang jatuh pada 15 Oktober 2013, hari Selasa. Setahu mama, ada sesetengah sekolah yang sudah isytiharkan cuti pada hari Isnin, sehari sebelum Hari Raya Haji tersebut untuk memudahkan anak murid masing-masing pulang berhari raya. Untuk penduduk Pantai Timur, Hari Raya Haji diberikan cuti umum selama 2 hari, bermaksud 15 dan 16 Oktober 2013.

Bagi yang berkerja macam mama ni, mama dah apply awal-awal lagi cuti pada hari Isnin tu sebab masa Hari Raya Puasa bulan 8 haritu, turn beraya di pihak mama. Jadi, Hari Raya Haji ni pulak, turn beraya di pihak papa. Itulah kesepakatan mama dan papa semenjak awal pernikahan mama dan papa 3 tahun lepas. Tahun depan terbalik la pulak. Yang penting, adil dan bertimbang rasa.

Tahun ni lama sikit la mama berhari raya haji di Perak. Insya Allah, kami akan berangkat Sabtu petang sebab papa kerja Sabtu pagi tu. Itu pun, kalau papa larat la. Ahad pulak akan ke Ipoh menghadiri majlis perkhawinan saudara sebelah papa. Petang raya haji tu pulak barulah kami balik ke sini semula sebab hari Rabu masing-masing dah mula bertugas semula. Tapi itu semua perancangan. Segalanya terletak pada yang Maha Esa.

Semoga percutian dan perjalanan mama diberkati dan dipermudahkan oleh Allah. Kepada yang bercuti dan balik kampung juga macam mama, mama doakan semoga perjalanan kalian diberkati dan dipermudahkan oleh Allah. Insya Allah, aamiin.

Wallahu'alam.

Share: