Saturday, January 18, 2014

Selamat berhujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu

Minggu ni mama tak cerita apa-apa pon ye. Mama sibuk sangat. Ni pon mama ada kat Perak, kampung papa.

Sebenarnya tak rancang pon nak balik. Khamis baru-baru ni, tiba-tiba masa mama tengah memandu balik dari kerja, papa telefon bagitau ayah mentua sakit.

Balik je rumah terus kemas-kemas gerak balik kampung papa.

Alhamdulillah, dah beransur sembuh sekarang ni. Biasala orang dah berusia. Kita ni pon tak tau lagi macamna.

Alang-alang balik lama sikit ni, mentua ajak pergi Darussyifa' kat Teluk Intan. Nak berubat cara alternatif pula lepas dah mencuba perubatan moden. Apa yang penting kita tetap berusaha di samping mohon padaNya kerana Allah Maha Penyembuh.

Mama doakan semoga diberikan kesembuhan kepada ibubapa mama dan mentua mama serta sahabat-sahabat mama sekeluarga.

Insya Allah, aammiin..

Share: