Monday, January 20, 2014

Murah Rezeki

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki adik mama dengan adik mama dapat beli desktop baru.


Desktop ni pon dia tak beli yang pakej, beli sikit-sikit.
Yela, dia budak IT, belajar pon pasal IT, kawan-kawan pon budak IT,
tu yang dia beli sikit-sikit tu.
Boleh dikatakan kebanyakkannya dia beli kat Plaza Lowyat.

Oleh itu, laptop dia, dia tolak ke mama setelah dia format balik dan install balik yang berkenaan. 
Jadila, second hand. Tu yang keypad dia dah kuning tu.


Acer model lama. Ntah-ntah dah takde dalam pasaran.
Adik mama guna dari dia masuk UiTM lagi.
Kira-kira lebih kurang 6 tahun sebab dia pon dah dekat setahun kerja.

Jadi, pasni, mama dah tak kacau laptop adik mama lagi sebab dia pon nak update blog dia. ^_^

Disebabkan mama dah ada laptop, assistant mama pun nak la juga guna lappy mama.


Tengok, khusyuk betul menekan.


Ok, nak cek jap mana-mana typing error. Hihihi

Insya Allah, semoga kemudahan yang ada ini kami sekeluarga gunakan kearah kebaikan.
Insya Allah, mama bolelah selalu BW sahabat-sahabat mama.
 

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab