Monday, April 18, 2016

Ada sesuatu yang menanti kami

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Bila Ain dah mula makan, rasa lega sikit sebab berat Ain memang tak berapa naik sebelum-sebelum ni. Terus terang, ibu mana yang senang hati bila berat anak tak berapa naik. Asal nak pergi klinik atau hospital, memang saya susah hati. Nasib baik nurse sekarang ok berbanding dulu, tak la bising kalau berat anak tak naik. Sebab nurse dah tau masalah Ain. 
Kenapa berat Ain tak berapa naik? Sebabnya Ain kan TOF, disamping ada severe reflux. Bercampur dengan terkumpulnya lendir di kawasan operate, menyebabkan Ain mudah muntah kalau tak kena caranya. Dari mula Ain keluar hospital lagi doktor dah pesan macam-macam. 

Pada mulanya memang agak letih sebab Ain menyusu tak boleh baring flat dan selepas menyusu mesti disedawakan dan ditinggikan bantal Ain. Kalau tidak, alamatnya muntah balik la semua susu tadi. Lama kelamaan, bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Insya Allah, ada sesuatu yang Allah sedang sediakan untuk kami.

Minta maaf, bukan bermaksud saya ni nak merungut dengan keadaan saya, malah bersyukur ada yang lagi sukar keadaannya daripada saya. Cuma sekadar motivasi buat diri saya sendiri agar terus banyakkan bersabar dan yakin dengan janji Allah. Saya cuma berharap dan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua anak saya dan juga semua. Insya Allah

2 comments:

  1. assalamualikum.
    singgah pagi
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. yea..ibu mana senang hati bila cmnii

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab