Sunday, April 03, 2016

Lagu kanak-kanak zaman dulu

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Selamat berhujung minggu semua.
Habiskan waktu hujung minggu ke mana pula kalini?
SAW minggu ni duduk rumah je, nanti mungkin keluar sekejap cari barang keperluan anak-anak macam pampers, susu, dan lain-lain.

Bila dengan anak-anak ni je, kadang dengan kita sekali bole jadi budak-budak balik. Perasan tak? SAW kadang terlebih budak pon ada. Lagi-lagi sekarang ni musim Didi & Friends kat Astro Ceria.


Amir minat betul Didi ni. Didi ni lagu kanak-kanak dalam bahasa melayu. Antara lagu-lagunya ialah Labah-labah, Ikan Kekek, Kalau Rasa Gembira, dan banyak lagi la. Yang tak bole tahan tu, Amir suka suruh mama papanya ni menyanyi. Nanti bila dia nak menyanyi, dia akan tanya, "Lepas tu apa mama papa?". Ha, dari situ la mama papa dia ni pon kena join nyanyi dengan dia. Huhu. Kadang atok nenek Amir pon disuruhnya Amir menyanyi. Hihi

Zaman SAW kecik dulu, takde keluar tv ni lagu kanak-kanak. SAW belajar masa sekolah tadika. Kadang-kadang tu belajar dari adik dan kawan-kawan bila dengar dorang nyanyi. Tapi bukan lagu macam Didi ni je, lagu polis sentri bila main polis-pencuri tu, lagu nenek si bongkok 3 masa main tutup mata teka kawan, lagu masa main getah, lagu masa main tangan (antaranya enjit-enjit semut, golek-golek telur, burung kakak tua, dan lain-lain), lagu untuk tidurkan adik (antaranya buai laju-laju) dan macam-macam lagi la.

Kebanyakan lagu-lagu tu SAW dah ingat-ingat lupa. Sahabat SAW ingat lagi? Jom share dengan SAW lagu kegemaran masa kecik-kecik sahabat SAW.

3 comments:

  1. paling ingat..tanya sama bangau kenapa kau kurus =)

    ReplyDelete
  2. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. ijat pun sgt suka didi.
    kat utube pun mostly dia dgr lagu didi.
    ok la. aida tak marah.
    sebab berilmu.

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab