AFB Feed

Thursday, April 28, 2016

Terima kasih blogger Kathy

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Rasanya ramai yang tau sebab semalam saya ada post :
Terima kasih banyak-banyak blogger Kathy R'bain. Segmen simple ni blogger Kathy post kat fb dia. Saya ni saje gatal-gatal teka warna baju dia untuk gambar yang dihitam-putihkan. Tak sangka pulak boleh menang. Yela, rezeki kan tak pernah tersalah tuannya. Alhamdulillah.
Tak rancang lagi nak buat apa dengan hadiah ni. Yang fridge magnet, dah tentulah ke peti ais tapi dengan adanya anak yang tengah kreatif, tak boleh. Ada meleleh air mata ni tengok ianya tengah di'kreatif'kan nanti. Huhu
Blogger Kathy tengah berkolaborasi dengan blogger Cik Akak buat segmen. Tak sempat lagi nak join. Tinggal 2 hari je lagi ni. Kepada yang berkesempatan, jomlah join segmen mereka. Hadiahnya adalah novel. Mana tau rezeki menang lagi. Hihi. Berangan sat, tak salah kan?
Kalau nak join, klik SINI. Syaratnya tak lah susah mana pon. Jom support rakan blogger kita. Kalau bukan kita, siapa lagi. ^_^

2 comments:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab