Sunday, April 17, 2016

Family Time - Taman Tasik Permaisuri

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Harini, setelah sekian lama, akhirnya sampai juga kami ke Tasik Permaisuri. Hihi
Kami memang dah lama sangat tak ke sini. Hampir setahun jugak kot. Padahal bukan jauh sangat. Tak dapat nak pergi tu selalunya sebab kami nak berehat saja di rumah, ataupun dah ada program macam balik kampung. Tu yang tak ter'dan' nak pergi.
Tak banyak perubahan yang berlaku. Antaranya air tasikagak jernih kali ni. Agaknya baru lepas bersihkan kot. Nampak jelas ikan dan dasar tasik. Lepas tu, trek joging pon dah takde. Laluan joging tu disimen dengan warna merah. Sebelum ni trek tu banyak yang dah terkopek. Memang tak sedap mata memandang. Tu yang agaknya disimen terus tu. Agakkan saya je. Hihi.

Amir yang paling seronok sebab dah lama tak jejak kaki. Ain belum lagi la sebab kecik lagi. Tapi tunggu la besar sikit esok, berlumba dengan Amir agaknya. Huhu


Memang dah rancang nak bawak mereka harini. Tak sangka terlaksana pulak. Mudah-mudahan kami berkesempatan untuk ke sini lagi. Insya Allah

2 comments:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab