Thursday, April 21, 2016

Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah
Satu hari tu, saya datang kerja pagi terkejut ada orang letak buku ni atas meja :


Ingatkan ada rakan sekerja yang tertinggal atau tercicir, rupanya ditujukan untuk saya. Bila belek-belek buku ni, bagus sebenarnya. Saya percaya buku ini diberikan kepada saya sebagai ingatan buat saya. Almaklum, kadangkala teguran Allah itu melalui perantara contohnya sahabat saya ini, dan tidak secara terus.

Buku 'Mini Mudahnya Menjemput Rezeki' ini bagi saya sebenarnya sebagai pengenalan kepada buku yang sebenar. Buku ini menjelaskan serba sedikit tentang rezeki dan cara menjemput rezeki, sepertimana tajuknya. Untuk buku mini ini, dihidangkan 6 bab daripada 40 bab berdasarkan buku yang sebenar. 6 bab ni pun dah boleh buat kita tertarik sebenarnya. Harganya pun tak la mahal sangat, RM 2.50 senaskah jika dibandingkan dengan isi kandungannya. 

Alhamdulillah, buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' sudah saya perolehi dengan harga RM 18.00. Sekarang ini, tengah menghadam isi kandungannya. Semoga buku ini memberikan ruang dan peluang untuk saya dan pembacanya memperbaiki diri.

Jom dapatkan di pasaran. Saya beli di kedai buku MPH. Kalau tak salah, online pon boleh. Almaklum, sekarang kan semua di hujung jari. Hihi

3 comments:

  1. Bolehlah ke MPH nanti...thanks for the info

    ReplyDelete
  2. buku mini MMR mudah dibawa kemana-mana ☺️

    ReplyDelete
  3. Bru sedar dh lama xmembaca..dan xbeli buku..T.T

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab