AFB Feed

Monday, October 10, 2016

Antara ILMU dan AMAL

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Hari ini MPA ingin berkongsi apa yang MPA perolehi daripada koleksi email lama MPA. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua, insya Allah.

Memberi ilmu kepada murid mudah,
mengajak murid mengamalkan ilmu amat susah
Membanyakkan ilmu mudah,
membanyakkan amalan susah sekali
Ahli ilmu ramai, ahli amal tidak ramai
Ramai para guru dapat memandaikan murid-muridnya
 
Tapi ramai para guru gagal mengajak muridnya beramal
Kalau ahli-ahli ilmu ghairah beramal
tidak sempat hendak menbincangkan tentang ilmu
kecuali sedikit sekali dengan tujuan beramal
Orang yang kurang ilmu tapi beramal dari amalannya itu
akan mendapat ilmu atau menambah ilmu
Ahli ilmu yang tidak beramal,
ilmunya itu akan bertambah berkurang
 
Ilmu apabila diamalkan baru dapat faedah
Bahkan adakalanya faedahnya melimpah ruah kepada orang ramai
Hari ini ahli ilmu disanjung orang
Tapi ahli amal tidak dipeduli orang
bahkan adakalanya tidak pun disebut-sebut namanya
Kebanyakan di institusi ilmu tidak begitu
mengambil berat di dalam latihan-latihan beramal
 
Ramai di kalangan yang bukan ahli ilmu lebih maju
dan berjaya dari pakar-pakar ilmu
Terutama di bidang ekonomi yang tidak ada sijil ekonomi
lebih berjaya daripada mereka yang ada kelulusan
Ramai orang bercakap tentang ilmu,
tapi kurang yang bercakap tentang amal
 
Ahli ilmu adakalanya dihormati orang,
tapi ahli amal ilmu adakalanya didengki orang
Ilmu semata-mata tidak akan melahirkan
kemajuan yang lahir selagi tidak diamalkan.
 
Nukilan:Ust Hj Ashaari Muhammad 
Menjelang Tidur
27.8.2001

Sumber : email lama

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

2 comments:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab