Tuesday, October 11, 2016

Makeover blog

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Status MPA dah berubah, tapi header blog tak ubah-ubah lagi. Uish, tak patut betul kan. Lama dah nak ubah tapi kekangan masa, tu yang tak terubah-ubah lagi. Jadi, bila anak-anak bangun lambat pagi ini, MPA cuba godek-godek Photoshop untuk ubah header lama iaitu header ini :

Terima kasih banyak-banyak kepada UmieSue Studio sebab bantu MPA makeover blog ini awal tahun haritu. MPA berpuas hati dengan hasil kerja beliau. Terima kasih banyak-banyak. Insya Allah, ada rezeki, kita bekerjasama lagi ya.

Rasanya semua sedia maklum yang MPA sudah bertukar 'kerjaya' kepada surirumah. Macam tak sedap la pulak tak ubah-ubah lagi. Takut-takut ada yang ingat MPA menipu pulak nanti. Huhu.

Serius, bila dah lama tak bukak Photoshop, pusing-pusing juga tekan sana-sini. Tapi MPA gagahkan juga demi blog tersayang. Bukan apa, bila buat sendiri ini, kepuasan pada diri tu yang memang tidak dapat di mana-mana. MPA tidaklah sekreatif dengan mana-mana graphic designer yang telah sedia ada tapi dengan adanya sikit kreatif dalam diri, MPA nak juga buat sendiri. Jadi, inilah hasilnya :


Simple je, tukar sikit-sikit. Hihi.

Ada juga beberapa perkara yang MPA sedang nak makeover blog ini, antaranya latar belakang blog. MPA sedang berusaha untuk mengubahnya sikit-sikit. Nak ubah sepenuhnya, MPA masih belajar lagi secara perlahan-lahan. Doakan MPA berjaya makeover blog sendiri ya.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi tutorial untuk makeover blog. Memang berguna dan bermanfaat ilmu tersebut pada MPA. Semoga sahabat-sahabat semua peroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah di atas kerendahan hati untuk berkongsi dengan semua. Insya Allah. 

Kepada sahabat-sahabat semua, cubalah makeover blog sendiri. Tapi ingatan penting daripada MPA, banyak-banyakkan bersabar dan bertenang terutama bila datangnya gangguan daripada anak-anak. Memang mencabar. Tapi ingatlah, kepuasan akhirnya itu, tidak diperoleh daripada mana-mana. Sentiasa terbuka hati untuk mempelajari sesuatu yang baru dan yang penting sekali, untuk menjadi kreatif, berfikirlah di luar kotak (think out of the box). Insya Allah, kita sendiri tidak terjangka itu adalah hasil ciptaan kita. Percayalah!

Wallahua'lam.
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

1 comment:

  1. singgah petang....
    InsyaÁllah...slow-slow..lama² nanti mesti terer

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab