Rasanya ramai yang sudah maklum tentang perkara di atas. Mulanya MPA dapat maklumat daripada sahabat sama sekolah dengan MPA yang kebetulan bertugas di hospital berkenaan tetapi di bahagian yang lain, yang tak terlibat dengan kebakaran tersebut.
Nak dihebahkan takut sekadarnya saja. Tetapi bila dah keluar berita, hanya ucapan 'Innalillahi wainnailaihi rajiun' dan sedekahkan Al-Fatihah yang mampu MPA lakukan.
Banyak juga gambar-gambar yang dikongsikan dalam group Whatsapp tapi cukuplah sampai disitu saja bagi pihak MPA sebab bimbang ada gambar yang tidak sepatutnya terpapar pula iaitu seperti gambar mereka yang tidak menutup aurat sebaiknya.
Seramai 6 orang telah disahkan meninggal dunia. Allahu akbar. Semuanya melibatkan pesakit. MPA berharap keluarga mangsa yang terlibat tabah, sabar dan redha dengan apa yang berlaku. Insya Allah, ada hikmah yang terbaik untuk semua. Marilah kita doakan segalanya yang terbaik untuk semua.
Mungkin selepas ini, terutamanya untuk bangunan-bangunan hospital yang lama, perlu dilakukan pemeriksaan lebih berkala untuk menguji tahap keselamatan terbabit.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)