'Wahai anakku, tugas kamu semasa kecil ialah mempelajari ilmu demi ilmu. Kamu perlu jelas mengenai tugas kamu itu, agar kamu tidak mudah dipengaruhi oleh gangguan-gangguan negatif yang boleh merugikan masa depanmu'.
'Wahai anakku, hidupmu telah diberi nama, dan adalah menjadi tugas kamu menjadikan namamu terkenal di seluruh dunia, hingga matimu akan dikenang sebagai manusia yang berjaya dan berjasa'.
'Wahai anakku, dunia ini adalah ladang untuk akhirat. Jangan kau biarkan ladangmu dipenuhi lalang. Berusahalah agar hidupmu memberi erti'.
'Wahai anakku, masa depanmu adalah jauh lebih mencabar dari hari ini. Maka rancanglah masa depanmu dengan lebih serius agar kamu memperoleh kejayaan'.
'Wahai anakku, masa adalah amat berharga, jika engkau kehilangannya, keseluruhan hidup kamu akan rugi. Jika kamu tidak mahu marancang penggunaan masamu, kamu tidak akan mampu merancang sesuatu pun dalam hidupmu'.
'Wahai anakku, jadilah insan yang berjaya, kerana kejayaan itu membebaskan kamu dari kejahilan, membebaskan kamu dari kemiskinan, membebaskan kamu dari kelalaian. Kejayaan itu bertitik tolak dari kemahuan untuk berjaya. Maka didiklah hati kamu agar sentiasa berfikir dan bertindak ke arah kejayaan'.
'Wahai anakku, ikutlah pesanan ayahmu ini'.
Sumber : email lama