AFB Feed

Thursday, October 20, 2016

Kebergantungan Sesama Manusia

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Bagus juga renungan ini. Dari group sebelah. Nak kongsi sama dgn sahabat semua.

Kebergantungan Sesama Manusia

Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.
Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... 

Lemah.

Walau sehebat mana pun kita didunia. 
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. 
Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. 
Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. 
Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. 

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. 
Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

In Shaa Allah

Sumber : mesej kumpulan Whatsapp

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

1 comment:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab