Thursday, December 08, 2016

Apabila pengasuh bercuti!!

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sumber : Google

Alhamdulillah

Agak pening juga bila pengasuh minta cuti, terutama cuti kecemasan seperti ada hal kematian atau jatuh sakit. MPA pernah merasainya sewaktu Amir kecil dahulu dan Ain belum ada lagi. Kebetulan yang menjaga Amir adalah ibu MPA sendiri, jadi bila ada kecemasan, MPA akan ambil cuti kecemasan juga.

Tetapi macam mana dengan ibubapa yang apabila pengasuh minta cuti kecemasan tetapi ibu bapa tidak boleh mengambil cuti kecemasan. Ada caranya, begini :

1. Baritahu pihak atasan tentang masalah anda
Majikan perlu tahu tentang masalah yang sedang kita hadapi. Bagi majikan yang memahami, berkemungkinan besar mereka boleh memberikan kita kelonggaran dengan memberikan cuti kecemasan. Namun begitu, tidak semua majikan faham dengan situasi yang dialami. Jelaskan kepada majikan dengan alasan yang wajar supaya pihak majikan dapat memberikan kelonggaran untuk membawa anak ke pejabat. 

2. Keadaan yang kondusif
Pastikan suasana dan persekitaran yang sesuai untuk membawa anak ke pejabat seperti keadaan dan suasana pejabat yang tidak telalu sibuk supaya kita tidak terganggu untuk bekerja sambil menjaga anak. Sekiranya kita memiliki bilik sendiri di pejabat, ianya merupakan bonus di mana kita boleh menyediakan sudut khas untuk anak-anak kita supaya anak-anak boleh melakukan aktiviti mereka dan kita dapat melaksanakan tugasan kita dengan baik.

3. Persiapkan aktiviti buat anak-anak
Jangan lupa membawa segala kelengkaapan untuk melekakan anak-anak seperti permainan kegemaran mereka, alat tulis, buku mewarna, buku sticker, tablet dan sebagainya agar mereka tidak bosan berada di pejabat dan menunggu kita bekerja. Apabila mereka leka, kita juga dapat menyelesaikan tugasan kita.

4. Maklumkan lebih awal situasi pejabat kepada anak
Ini paling penting. Untuk anak yang sudah besar, jelaskan dan fahamkan anak-anak tentang situasi di pejabat. Tegaskan kepada anak-anak, mereka tidak boleh mengamuk, tidak boleh menganggu rakan sekerja kita dengan membuat bising serta tidak boleh meminta balik sebelum habis waktu kerja kita. 

5. Bekalan makanan yang mencukupi
Anak-anak kecil sering lapar dan suka untuk mengunyah. Jadi, persiapkan bekalan makanan untuk mereka seperti susu dan snek berkhasiat supaya mereka tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan.

Membawa anak ke pejabat memang ada cabarannya tersendiri. Salah seorang sahabat MPA ada dan pernah membawa anak-anak ke pejabat disebabkan pengasuh minta cuti dan ada kerja penting yang perlu sahabat MPA selesaikan. MPA kagum juga dengan ibubapa yang membawa anak ke pejabat, disamping menjaga anak, dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Namun perlu diingat, tidak semua suasana pejabat sesuai untuk dibawa anak. Walau apapun, fikir kewajaran kita membawa anak ke pejabat. Jika perlu dan sesuai, bawalah. Tetapi jika ianya tidak sesuai, bercutilah untuk menjaga anak kerana anak adalah amanah dan anugerah Allah Taala yang tidak ternilai kepada kita.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: