PELAJARAN DARI KISAH ANJING HACHIKO
Sumber : google
Kisah hidup Hachiko, seekor anjing berwarna coklat keemasan, yaitu baka anjing dari Jepun utara. Hachiko bukan sembarang anjing peliharaan. Sepanjang hidupnya, ia memberikan kesetiaan penuh kepada tuannya, Profesor Ueno (1872-1925). Profesor Ueno pertama kali mengambil Hachiko yang baru berumur satu tahun pada 1924. Profesor Ueno merupakan pensyarah di Fakulti Pertanian Universiti Tokyo.
Setiap hari, sang profesor pergi ke kampus menggunakan keretapi. Dan, setiap hari pula, Hachiko selalu menemani, menunggu dan menjemput tuannya di sekitar Stesyen Shibuya. Sampai pada suatu hari tahun 1925, Hachiko tidak menemukan tuannya keluar dari stesyen. Akan tetapi, Hachiko tetap menunggu di tempat biasanya.
Ternyata sang profesor telah meninggal dunia di tempat kerjanya setelah mengalami pendarahan. Kerana tidak pernah menemukan tuannya, Hachiko pun setia menunggu untuk menjemput tuannya itu di depan Stesyen Shibuya. Ia datang ke stesyen itu setiap hari selama 9 tahun 9 bulan 15 hari. Hanya satu tujuannya: menjemput tuannya, Profesor Ueno.
Pelajaran : Ihsan yang diberikan oleh tuan anjing Hachiko ini menyebabkan ia begitu setia dan taat kepada tuannya. Jika demikian seekor haiwan yang tidak berakal mengenal untuk membalas jasa baik tuannya, bagaimana dengan manusia yang mempunyai akal, adakah dia mengenal Allah, Pemberi segala nikmat dan segenap kurniaan sehingga dia mensyukuriNya dengan mengabdikan diri kepadaNya.
Sudah tentu manusia terlebih utama lagi memahami bahawa dia wajib taat dan cinta dengan sepenuh hati kepada Yang Menciptakannya dan Yang Memberi ihsan kepadanya selama ini.
Moga bermanfaat.
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Sumber : Telegram Taman Orang Soleh
Wallahua'lam