Monday, December 05, 2016

Penangan Didi & Friends

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Bila bermulanya cuti sekolah hujung tahun, seperti biasa, pelbagai promosi kembali ke sekolah iaitu peralatan dan alat tulis sekolah dijual dengan harga promosi istimewa. Ini termasuklah promosi peralatan dan alat tulis sekolah yang menampilkan kartun kegemaran kanak-kanak yang terkini. Didi & Friends pun tidak ketinggalan dalam mempromosikan peralatan dan alat tulis persekolahan untuk tahun ini.

Dalam minggu lepas, MPA berjalan di sebuah pasaraya besar untuk mencari beberapa barangan mencuci luka Ain. Insya Allah Amir akan mula bersekolah pada tahun hadapan. Seperti ibubapa yang lain, MPA sedang survey peralatan dan alat tulis sekolah untuk Amir. MPA sekadar mengambil katalog untuk melihat-lihat. Tidak tersangka ada terselit peralatan dan alat tulis Didi and Friends. Bila Amir ternampak, apalagi, semua orang mahu ditunjukkannya. Bukan setakat tunjuk sahaja, siap request lagi.

Aduhai. Begitulah gelagat anak-anak bila minat pada sesuatu perkara. Untuk memenuhi permintaan anak bujang MPA, MPA minta Amir menyiapkan homework, iaitu latihan menulis yang MPA berikan jika mahu dibelikan apa yang dimahukan. Alhamdulillah, selesai juga latihan menulis yang MPA minta Amir lunaskan.


Jadi, untuk memenuhi janji, MPA belikan alat tulis Didi and Friends. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Bila beli yang mahal itu, semestinya peralatannya lengkap berbanding yang murah. Untuk Amir, MPA beli sekadarnya cukup untuk peralatan Amir ke sekolah. MPA bukan apa, beli mahal-mahal, belum tentu hari ini bawa ke sekolah, balik nanti ada lagi barangnya. Huhu. Tambahan pula MPA sudah tidak bekerja, jadi biarlah seadanya.

Sebenarnya macam-macam lagi peralatan dan alat tulis persekolahan anak-anak yang sedang promosi sekarang ini. Antaranya Boboiboy, Ultraman, Star Wars, dan macam-macam lagi. Sahabat-sahabat MPA sudah belikan peralatan dan alat tulis buat anak-anak? Apa pula pilihan anak-anak sahabat MPA semua? Jom kongsikan dengan MPA. Bukan setakat MPA, ramai juga yang nak tau ni. ^_^

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

2 comments:

  1. did n friends pilihan kanak2 skg kan

    ReplyDelete
  2. Ijat now pantang nampak boboiboy.
    Masih menjadi feveret ijat.
    Anak2 aida memang every year nak naik skola, aida borong alatulis kat mydin. Beli byk skali.
    Beli yg bagus skit dgn harga borong 😊😊😊

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab