Monday, December 12, 2016

Salam Maulidur Rasul

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Semangat cintakan Nabi s.a.w semata tanpa ilmu mungkin menjerumuskan manusia menyebarkan hadis palsu tanpa usul periksan. Bukalah kitab hadis, berdisiplinlah dengan disiplin ulama hadis ketika menyampaikan hadis. Jangan kerana beria-ia nak berdakwah, neraka pula yang ditempah.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Sesiapa yang mendustakan aku secara sengaja,
maka tunggulah tempatnya di neraka"

- Dr. Muhamad Rozaimi Ramle -

Dalam menyampaikan mahupun memanjangkan apa jua terutama hadis Nabi s.a.w, berhati-hati kerana dibimbangi menyampaikan sesuatu yang tidak benar berkaitan Nabi s.a.w, walaupun maksud hadis tersebut adalah baik. Semak dahulu sama ada ianya hadis sahih atau tidak. Walaupun niat kita adalah betul, menyampaikan sesuatu yang baik, sentiasa ingat yang niat tidak menghalalkan cara. 

Semoga kita semua terhindar daripada menyampaikan sesuatu yang tidak benar berkaitan Nabi Muhammad s.a.w. Salam Maulidur Rasul.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: