Tuesday, December 06, 2016

Pindah fail mudah dengan SHAREit

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Siapa di sini pernah dengar tentang aplikasi SHAREit? 
Siapa di sini juga pernah menggunakan aplikasi SHAREit?

Bagi pengguna telefon pintar jenama Lenovo, aplikasi SHAREit ada terpapar di bahagian Menu. 
Bagi pengguna komputer berjenama Lenovo juga, sudah tersedia aplikasi SHAREit.

Apa itu SHAREit?


SHAREit is a free application to transfer files from a Wi-Fi compatible device to another similar one. Users can use it to transfer files including photos, videos, music, contacts, apps and any other files. It is a free application from Lenovo that allows WindowsWindows PhoneAndroid, and iOS devices to transfer files directly by ad-hoc Wi-Fi connections.

Source : Wikipedia

ShareIt adalah aplikasi percuma untuk memindahkan fail dari peranti yang sesuai dengan Wi-Fi kepada yang lain yang serupa. Pengguna boleh menggunakannya untuk memindahkan fail termasuk gambar, video, muzik, kenalan, aplikasi dan mana-mana fail lain. Ia adalah aplikasi percuma dari Lenovo yang membolehkan Windows, Windows Phone, Android dan peranti iOS untuk memindahkan fail terus oleh ad-hoc sambungan Wi-Fi.

MPA gemar menggunakan aplikasi ini. Pada mulanya memang MPA tidak tahu apa itu aplikasi SHAREit ini. Bila MPA cuba dan explore sendiri, rasa seronok pula dengan aplikasi SHAREit ini. MPA seronok sebab MPA tidak perlu menggunakan kabel untuk memindahkan gambar, fail, mahupun video. Tambahan pula, ia tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat pemindahan. 

Apa yang penting, kedua-dua pihak samada antara sesama telefon pintar, ataupun antara telefon pintar dan komputer peribadi mahupun laptop, mestilah membuka aplikasi yang sama iaitu SHAREit dan menggunakan saluran Wi-Fi yang sama. Jika berbeza, kita tidak akan dapat kesan antara satu sama lain, seperti ini :


Bagi siapa yang rajin melayan cerita perang ataupun memancing laut dalam, ianya seperti radar dalam laut.

Menurut pengalaman MPA, MPA berpuas hati menggunakan aplikasi ini dan suka untuk mencadangkan kepada semua untuk menggunakannya. Ini berdasarkan pengalaman peribadi MPA sendiri. Lain orang, lain pengalamannya. 

Mungkin ada diantara sahabat-sahabat MPA ingin berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi SHAREit ini ataupun aplikasi pemindahan data yang lain. Jom kongsikan dengan semua. Mudah-mudahan dapat meluaskan pengetahuan dan bertukar pengalaman di antara kita semua.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

1 comment:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab