Alhamdulillah
Setelah 2 minggu bersekolah, Amir dah mula dapat buku latihan. Seronok bukan main lagi dapat buku latihan. Tapi awal-awal lagi MPA dah ingatkan dia, buku ini untuk buat di sekolah bila cikgu suruh, bukan buat sekarang di rumah. Awal lagi MPA dah pesan sebab ada juga beberapa sahabat sekolah Amir dah mula buat sebab seronok dapat buku.
Akibat penangan cerita Upin dan Ipin, bersungguh Amir minta MPA balut buku-buku latihan dia. Kebetulan adik bongsu MPA masih bersekolah lagi dan ada segulung plastik pembalut buku yang belum digunakan lagi, bolehla MPA gunakan untuk balut buku-buku Amir.
Gigihla MPA membalut buku satu per satu. Dah lama sangat tak membalut ni. Zaman sekolah dulu-dulu je balut buku, itu pun buku teks. Bila dah jadi mak-mak ni, kenalah belajar dan biasakan diri dengan perkara berkaitan sekolah. Antaranya balut buku, basuh kasut sekolah, gosok baju sekolah, dan pelbagai lagi.
Amir baru tadika. Kalau Tahun 1 nanti, bertabahlah MPA nampaknya. Begini rupanya gaya mak-mak ya. Hihi
Wallahua'lam