Sumber : Google Image
PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK-ANAK
Satu ketika dulu, rumah ini dipenuhi oleh tawa, tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan pelbagai lagi. Buku, pensel, seluar dan baju berterabur di lantai bilik. Bedak dan sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut dan bantal berteraburan d bawah meja. Maka, kedengaranlah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.
Pagi esoknya, seorang anak akan bertanya emak, "Mak, mana pensil saya?". Kemudian sorang lagi bertanya, "Bedak mana mak?" Sorang pulak akan tanya, "Anak tudung saya mana mak?"
Mak segera lupakan jeritan semalam, "Tu la, lain kali jangan sepah barang-barang."
Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak-anak, ada katil yang kosong. Tempat sangkut baju pun sikit jer bajunya.
Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau anak-anak pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap-tuap anak punyai bau istimewa masing-masing. Jadi, mak pun hidu udara bilik tu sedalam-dalamnya untuk hilangkan rindu pada anak-anak.
Apa yang tinggal sekarang adalah memori gelak, tawa, tangis dan aneka perangai anak-anak. Dan juga kehangatan badan anak-anak dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang tak berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian.
Dulu selalu jerit, suruh anak-anak buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Mak dan abah sentiasa memohon, "YA ALLAH, peliharalah anak-anakku walau dimana jua mereka berada. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Penyayang."
Nikmatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari.
Dedicated to all parents. Kehidupan kita sekarang.
Sumber : Grup Whatsapp
Sungguh, anak-anak membesar hanya sekali. Nikmatinya setiap detik kerana kita akan merinduinya suatu hati nanti.
Rindunya saat-saat sewaktu Amir Syukur & Ain Humaira kecil dulu.
Wallahua'lam.