Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada sifat marah. Terkadang, tanpa sengaja, rasa amarah seringkali terbias ke anak-anak kita. MPA juga tidak terlepas terutama bila penat kerja seharian dan anak-anak meragam. Bila dah marah tu, terasa pula menyesalnya di hati.
Alhamdulillah, MPA dipertemukan dengan buku ini :
Pada mulanya, MPA sendiri rasa macam kena perli, tapi bila ambil dari sudut positif, bagi MPA, buku ini mesti dimiliki oleh semua ibubapa sebagai panduan dan rujukan. Buku ini ada dimuatkan latihan-latihan buat kita, para ibubapa dalam melatih sifat sabar yang tinggi semasa melayan anak-anak. Selain itu, ada juga kisah-kisah teladan dan dialog-dialog yang sepatutnya dan tidak sepatutnya diucapkan kepada anak-anak.
Paradigma lama : Bermain dan bergembira itu tidak penting untuk anak.
Paradigma baru : Bermain adalah dunia anak kita, dan fasa ini penting!
Paradigma lama : Masa kanak-kanak itu cuma masa yang penuh dengan hal remeh-temeh.
Paradigma baru : Masa kanak-kanak adalah waktu keemasan yang perlu dioptimumkan semaksimum mungkin. Usia 0-5 tahun adalah masa 'peka belajar' untuk mereka, dan 50 peratus kecenderungan belajar disemai pada waktu ini.
Perbezaan paradigma di atas ternyata menjadi cabaran baru untuk ibubapa pada masa kini. Bahkan bukan satu perkara yang mudah apabila teknologi mampu menerobos ke dalam rumah kita sepantas kilat menyabung. Pada masa yang sama, anak-anak kita semakin terdedah kepada pelbagai corak persekitaran, yang pantas mencambahkan kreativiti dan daya pemikiran mereka.
Screaming-Free Parenting membawa kita mengenali corak mendidik anak secara kreatif, penuh dengan budi pekerti, dan tanpa perlu bersusah payah menjerit, "Tidak!" dan "Jangan!". Ada pelbagai lagi kupasan, tip dan teknik yang dapat membantu ibubapa menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.
Buku ini sudah lama MPA beli sebenarnya tapi kesempatan membaca terbatas membuatkan ianya mengambil masa yang lama untuk MPA menyudahkan pembacaan. Mana taknya, bila MPA nak mula membaca, anak-anak merangkap assistant MPA mulalah nak membelek juga buku apa yang dipegang MPA. Hasilnya kulit buku dah mula melengkung tu hujungnya. Buku ini MPA beli secara online di laman web Bookcafe. Bolehla layari laman web Bookcafe untuk lihat dan beli. Semoga ianya bermanfaat untuk semua, insya Allah.
Wallahua'lam.