Monday, January 02, 2017

PETANI JAGUNG

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sumber : Google Image

PETANI JAGUNG

Di satu desa di Osaka, Jepun, terdapat petani yang menanam jagung terbaik dan seringkali memenangi penghargaan Jagung Terbaik sepanjang musim.

Suatu hari, seorang wartawan tempatan mewawancara untuk menggali rahsia kejayaan si petani.

Wartawan itu melihat satu kepelikan, iaitu petani tersebut selalu memberikan benih jagungnya kepada para tetangganya.

"Bagaimana anda boleh saling memberi benih jagung dengan tetangga anda, kemudian bersaing pula dengannya dalam persaingan yang sama setiap tahun?", tanya wartawan, dengan penuh rasa hairan dan takjub.

"Tidakkah anda mengetahui angin menerbangkan serbuk debunga dari jagung yang akan berbuah membawanya dari satu ladang ke ladang yang lain.

Jika tetangga saya menanam jagung yang tidak baik, maka kualiti jagung saya akan menurun ketika debunga jagung bersilang.

Jika saya ingin menghasilkan jagung berkualiti unggul, maka saya mesti membantu tetangga saya untuk menanam jagung yang bagus juga," jawab si petani itu.

Petani ini sangat memahami prinsip memberi dalam kehidupan. Dia tidak dapat meningkatkan kualiti jagungnya, jika dia tidak membantu tetangganya untuk melakukan hal yang sama.

Kualiti kebaikan sering juga ditentukan oleh orang di sekitar kita. Orang yang baik, adalah yang mahu orang lain juga menjadi baik. 

Menjadi orang penting itu baik.
Tetapi menjadi orang baik itu lebih penting.

Semoga Allah selalu membimbing kita sentiasa berhati bersih, berfikiran jernih, berkata baik, dan berperilaku positif. Semoga kita terhindar dari pujukan syaitan yang menyebabkan hati yang kotor, fikiran keruh, perkataan buruk, dan sikap negatif.
 
Ayuh sahabat,
Mari menyebar luas kebaikan kepada ahli keluarga, teman, jiran tetangga, rakan setaman dan setiap insan ditemui.

Semoga usaha kita berterusan sehingga sampai helaan nafas terakhir.

Sumber : grup Whatsapp

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: