Tuesday, August 01, 2023

Selamat Datang Ogos 2023

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Terima kasih Julai dan selamat datang Ogos 2023, bulan kemerdekaan. Sekejap rasanya sudah bulan Ogos. Nanti tup tup sampai Disember, penghujung tahun.

Tadi ada ke kedai. Nampak kedai sudah mula jual bendera Malaysia, ada macam-macam jenis dan bentuk. Alhamdulillah, di rumah masih ada lagi tapi mungkin nak kena standby untuk anak-anak bawa ke sekolah sebab tahun lepas cari last minute, alamatnya jumpa yang comel-comel yang selalu orang letak di dashboard kereta. 😅

Alhamdulillah, anak-anak tak marah sebab mereka tahu tinggal yang itu saja di kedai. Maafkan Umie ya anak-anak, sebab tak jangka terhangat di pasaran bendera Malaysia waktu tu. Huhu

2 minggu lagi, 12 haribulan Ogos, jangan lupa ya buat pengundi 6 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Kepada anak perantau, jangan lupa rancang perjalanan kalian dan tempah tiket bas atau tiket kapal terbang dengan segera, takut habis dan tak dapat balik mengundi. Ini juga bermakna 2 minggu lagi ber'inai' ungu lagilah kita ya. Huhu

Jujur, pada mulanya Umie nampak buruk sangat jari Umie masa baru-baru undi haritu. Macam jari baru lepas terkepit pintu rupanya. Ada kawan siap pakai inai biasa pada jari lain sebab nak bagi nampak sama. Kalini mungkin Umie pun sama macam kawan Umie, pakaikan inai pada jari lain nak kurangkan nampak buruk jari yang berinai ungu nanti tu.

Bendera dan khemah parti yang terlibat sudah mula berada di mana-mana. Cuma satu harapan Umie, janganlah sampai menghalang penglihatan terutama di simpang keluar masuk. Bahaya tau. Lagi-lagi dekat jalan besar yang lori selalu lalu. Kita jenis yang mudah seriau ni, nak keluar simpang pun jadi takut-takut, lagi-lagi nak hantar anak-anak ke sekolah. Tolong ya.

Apapun, dalam tempoh berkempen sekarang ini, berkempenlah dengan baik. Kalau berjanji, silalah tunaikan andai anda menang di kawasan tersebut. Bila berjanji, pastikan ia menurut kemampuan anda, sebab kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Kan dah berperibahasa ha. Hahaha 😂

Walau apapun, di bulan baru ini, semoga kita semua 'merdeka' dalam erti kata menjadi insan yang lebih baik dan bertambah baik daripada bulan lepas. Semoga segala yang baik-baik berlaku pada bulan ini dan bulan seterusnya. Insya Allah.

Barakallahu fikum.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: