Monday, August 21, 2023

Doa yang bagus untuk wanita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Akhirnya sihat juga anak-anak Umie selepas berpas baton macam acara larian berganti-ganti gayanya, kurang sihat daripada bulan lepas. Musim betul sekarang ini. Notification kelas anak-anak yang tak datang sekolah berderet kurang sihat, minimum 5 orang sehari tak datang sekolah. Semoga dimudahkan buat semua yang diuji dengan keadaan anak-anak mahupun diri dan ahli keluarga yang kurang sihat.

Jadi ibu, bila anak kurang sihat, memang mencabar dan agak memenatkan. Kalau anak kecil lagi mencabar sebab anak-anak tak pandai nak cakap lagi dan juga sejenis tak sihat, suka menempel dan merengek selalu. Memang perlukan sangat me-time sekejap untuk lepaskan penat lelah seharian. 

Kali ini, Umie nak kongsi dengan kalian doa yang bagus untuk wanita terutama ibu yang sedang berjuang setiap hari menguruskan anak-anak, rumah tangga dan juga yang bekerjaya. Semoga ada manfaat buat kalian.

Selain bacaan Al-Mathurat setiap pagi dan petang, Umie juga suka amalkan doa ini :

Sumber : En Google

Masa kerja dulu-dulu, suka dengar radio Ikim FM pagi-pagi dan dalam lebih kurang pukul 7 pagi, akan berkumandang dekat radio Ikim FM doa ini tau. Sekarang uruskan anak-anak ke sekolah, on the way ke sekolah akan pasang radio Ikim FM dan ajak anak-anak sekali baca. Alang-alang dengar radio kan. Hehe.

Kalau kalian nak versi dari Youtube, ini dia : 


Sambil buat kerja, sambil kita boleh dengar dan baca sekali. Insya Allah, lama-lama boleh jadi terhafal tanpa sengaja. Cubalah.

Selain itu, boleh juga amalkan doa ini awal-awal pagi lepas solat Subuh atau bila-bila berkesempatan.

Sumber : En Google

Dalam melayari aktiviti seharian, macam-macam dugaan, ujian mahupun nikmat yang akan kita hadapi. Jadi, sebelum mulakan aktiviti seharian, apa kata kita berdoa dulu mohon dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik sepanjang hari dan juga amalan yang diterima oleh Allah walaupun sekecil-kecil amalan.

Bagi Umie, bagus juga kalau kita anjurkan anak-anak amalkan doa ini pagi-pagi sebab mereka kan nak ke sekolah menimba ilmu. Dan semoga jadi amalan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Insya Allah.

Sumber : En Google

Last but not least, doa dhuha! Rasanya ramai yang hafal dan anak-anak pun ada yang dah hafal juga kan. Kebanyakan Umie rasa ikut lenggok bacaan doa dhuha oleh kumpulan UNIC, yang ini :


Sebab Umie sendiri pun kalau baca ikut lenggok bacaan ini, mudah ingat, sekali dengan maksudnya. Dalam pukul 8 lebih macam tu, radio Ikim FM pun akan putarkan doa dhuha ini juga untuk bacaan bersama-sama. Bagus juga sebab ingatkan kita untuk solat dhuha in case terlupa atau belum buat lagi, kan?

Kira kalau dalam keadaan 'bendera merah' pun bagus juga amalkan doa-doa ini. Mudahan aktiviti kita sepanjang hari penuh keberkatan dan dirahmati Allah selalu. 

Eh, kalau kalian ada apa-apa doa yang kalian selalu amalkan, jomlah share dengan Umie dekat kotak komen bawah ini. Boleh juga Umie dan sahabat-sahabat lain amalkan. Mudahan sedikit perkongsian kalian menjadi asbab pahala buat kalian juga. Insya Allah.

Semoga perkongsian Umie kali ini ada manfaat buat kalian ya. Kalau nak share posting ini, dipersilakan dan Umie tiada halangan. Insya Allah.

Barakallahu fikum.

http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: