Saturday, November 30, 2013

Have a nice weekend

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Harini dah hari terakhir bulan 11 dan kebetulan hujung minggu. Sekejap je kan dah nak akhir tahun.
Dalam musim cuti sekolah ni, mesti ramai yang ambil kesempatan bercuti.
Mama insya Allah akan bercuti tidak lama lagi.
Ke mana, nanti dulu lah yer.
Kang pong pang sini, sampai masa tak pergi pulak. Hehe
Doakan semoga urusan mama dipermudahkan ye, insya Allah.

Kami adik beradik berniat nak bawak orang tua bercuti.
Kebetulan adik beradik mama tinggal si kecik je yang masih bersekolah, yang lain semua dah berkerja.
Kepada sahabat-sahabat semua, tak kesahla bercuti dalam negara atau luar negara, yang penting jaga diri baik-baik dan berhati-hati dengan apa yang dilakukan.

Tips mama buat perancangan teliti dengan survey lokasi hala tuju kita.
Yang penting survey hospital / klinik berhampiran, balai polis, bank serta stesen minyak.
Bukan apa, kalau-kalau ada kecemasan, kita dah tau hala tuju kita.
Harap-harap takde la yer.

Kalau sahabat-sahabat ada tips yang nak berkongsi dengan mama, silakan.
Mama alu-alukan sangat perkongsian idea sahabat-sahabat mama.
Share:

Wednesday, November 27, 2013

Good News

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Lama jugak ye mama tak update dan BW kawan-kawan. Kawan-kawan rindu tak kat mama?
Mama rindu sangat kat kawan-kawan mama ni.

Mama kan kat tempat baru, so tengah cari tune dengan tempat ni. Time lunch bole online jap tapi kawan-kawan sini ajak keluar lunch, pastu dalam masa lunch nak pulak solat Zohor sebab mama taknak ganggu masa kerja mama. Tu yang tak sempat jengah tu. Mana yang sempat tu, mama jengah awal-awal pagi sebelum bermulanya waktu kerja mama.

Minggu lepas mama dapat 2 berita gembira dalam bahagian yang sama. Macamana tu?.

Hari Selasa, kawan satu sekolah masa mama sekolah rendah selamat melahirkan baby yang ke-3, baby perempuan. Sebelum ni dah ada 2 orang anak lelaki. Kami semua masing-masing Alhamdulillah semua dapat anak lelaki, termasuklah mama. Ni dah ada yang sorang dapat anak perempuan, ada dah kawan mama ajak berbesan. Cepat gitu. Hehe


Dalam hari Rabu pulak, kawan mama masa sama-sama kerja dekat site di KL dulu selamat dapat baby lelaki. Yang kawan mama ni dah ada anak perempuan 3 orang dan seorang anak lelaki. Seronok la anak lelaki dia yang ada tu sebab ada geng.


Alhamdulillah, seronok sangat dengar berita gembira sahabat-sahabat. Ni yang buat terasa nak preggy lagi ni. Hehehe.

Wallahua'lam
Share:

Wednesday, November 20, 2013

Monday, November 18, 2013

Happy Monday

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat pagi!


Dah Isnin harini ye. Amacam hujung minggu sahabat-sahabat semua?. Mesti macam-macam aktiviti ni. Ada yang balik kampung, menghadiri majlis kenduri khawin, pergi bercuti, dan macam-macam lagi la kan.

Apa-apa pon, ayuh start enjin awal harini nak bekerja. Almaklumla, ada yang panggil 'Monday Blues'. Hehe

Selamat bekerja kepada semua termasuk para surirumah yang bermula dari awal pagi lagi. ^_^

Share:

Saturday, November 16, 2013

Selamat berhujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah, dah hujung minggu ye. Kejap je rasa.

Hujung minggu ni mama tak kemana-mana. Sebab sepupu mama, anak Mak Ngah akan konvo hari Isnin depan di PICC Putrajaya. Jadinya, makcik mama, Mak Ngah dan sepupu-sepapat mama, anak-anak Mak Ngah akan berkampung kat rumah mama. Nak kata dekat tak la jugak.

Hujung minggu ni mama akan sibuk dengan Amir dan saudara-mara yang datang. Insya Allah, berkesempatan kami akan ziarah rumah Mak Long di Kota Damansara dan ziarah kubur Pak Long di sana juga.

Selamat berhujung minggu semua.

Wallahua'lam.

Share:

Friday, November 15, 2013

Thursday, November 14, 2013

Sharing is caring

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah, harini mama dah sihat sikit. Tinggal batuk yang degil ni je. Selsema ada sikit-sikit lagi tapi tak seteruk semalam la.

Harini mama tak tau nak tulis apa, idea belum mari lagi. Pagi ni dah tersampai awal sangat pulak kat opis.

Oleh itu, mama share ni jela ek. Semoga bermanfaat untuk semua.


Wallahua'lam

Share:

Wednesday, November 13, 2013

Akhirnya

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Entry semalam mama cuma kata dah tanda-tanda kan?. Akhirnya. terus kena jangkitan demam. Dalam tengahari, dah tak tahan sangat meleleh je, mama pergi klinik. Dapat la MC untuk setengah hari. Dalam lepas lunch dengan sahabat-sahabat opis, baru mama gerak balik.
Sampai sahaja kat rumah, makan ubat, terus selamat (tidur la, bukan selamat lain yer...)
Pagi ni Alhamdulillah, kurang sikit, cuma tinggal batuk dan selsema. Biasala kan, dua tu kan payah sikit nak baik. Harap-harap cepatla mama sembuh sebab kesian tak dapat nak main sangat dengan Amir semalam akibat takut berjangkit ke dia. Huhu

Wallahua'lam
Share:

Tuesday, November 12, 2013

Selamat Pagi. ^_^

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat pagi semua.

Mama harini tak berapa sihat la. Dari malam tadi, mama dah mula bersin dan selsema. Alahai, kesian pulak dekat Amir. Takut-takut berjangkit dengan dia. Amir kalau dah mula selsema, susah nak baik. Lagi la budak-budak, kalau selsema, comot semacam. Huhu

Malam tadi, disebabkan tak sihat, mama makan ubat, terus tido. Bangun pagi ni, hidung tersumbat dan tekak perit pulak. Mama makan ubat yang ada ni je.

Sahabat-sahabat semua doakan mama semoga cepat sembuh ye. 
Terima kasih banyak-banyak.

Wallahua'lam

Share:

Monday, November 11, 2013

DIY - Tempat letak pen / pensel

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Rasanya ni ramai yang tau dan bole buat sendiri. Mama sejak kebelakangan ni suka nak buat sendiri je. Asyik beli je, membazir pulak rasanya. Sekali sekala kalau buat sendiri ni, ada kepuasannya.

Workstation mama yang baru ni mama takde lagi tempat letak pen / pensel. Dulu tak bole letak pen / pensel gitu je atas meja. Tau-tau datang kerja esok pagi dah takde. Bayang pon takde. Alih-alih nampak kat tangan orang lain. Kalau rasa selamba, selamba jela tanya. Mana yang jujur, akan mengaku la. Mana yang tak jujur, selamba je tak mengaku padahal ada tanda mama letak. Jangan tak tau, alat tulis mama letak nama macam kita sekolah dulu-dudu akibat taknak hilang. Tapi hilang jugak. Nak wat camne.


Ni kotak mainan Amir. Mama nak buat kotak letak pen / pensel mama kat opis. Hehe

Mama kena potong sikit sebab bila ukur konon-konon letak pen, tenggelam pen. Jenuh pulak nanti nak mencari pen / pensel.

Dah tu, mama balut dengan pembalut hadiah baki-baki dulu. Kalau togel gitu je, tak seswai la pulak. Kita kasi cantik sikit.

TADA. Dah siap ada pen lagi. Hehe.

Alang-alang, ini la workstation mama yang baru. Baru lagi kemasla. Tunggula sikit hari lagi, nak cari pen / pensel pon jenuh. Hehe

Wallahualam.


Share: