Sumber : Google Image
Saturday, December 31, 2016
Friday, December 30, 2016
Jumaat terakhir 2016
1⃣ Berselawat kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam.
Rasulullâh Shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."📒Hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah)
2⃣ Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat.
Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga adzan Jumaat.
▶ Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda : "Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh". (HR Bukhari) - lafaz wajib menguatkan pendapat yg mewajibkan mandi Jumaat.
▶ Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam telah bersabda: "Barangsiapa hanya berwudhu' di hari Jumaat, maka soleh dan baik, dan barangsiapa mandi, maka mandi itu lebih utama." 📒Sahih: Lihat: Sahih wa Dhaif Sunaan Tirmizi (l/497,asy-Syamilah.)
3⃣ Memperbanyakkan Zikir dan Doa.
Kerana pada hari Jumaat, terdapat saat-saat mustajab doa sepertimana yang diisyaratkan Rasulullah bahawa pada saat itu, ia tidak ditolak.
▶ Asy-Syaukani berkata, "Nas-nas telah datang secara mutawatir bahawa pada hari Jumaat terdapat satu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta sesuatu kepada Rabb-nya kecuali akan diberikan kepadanya".
▶ Terdapat lebih dari 40 pendapat, tetapi Asy-Syaukani telah menghitungnya, dan dinukil dari al-Muhibb At-Thabari, bahawa ia berkata.
"Paling Sahih di antara hadis-hadis yg menerangkan tentang hal ini adalah hadits Abu Musa bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda :" Saat itu terjadi antara duduknya Imam (ketika khutbah Jumaat) hingga solat (Jumaat) ditunaikan" 📒HR Muslim.
▶ Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" 📒HR Abu Daud - Shahih.
❗❗Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.
Sumber : Telegram Kempen Semak Hadis
Wallahua'lam.
Thursday, December 29, 2016
Hanya satu kesilapan
Sumber : Google Image
Tuesday, December 27, 2016
BALANCE SHEET OF LIFE
Source : Google Image
Your age - Depreciation.
Saturday, December 24, 2016
SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu
Jom join segmen Cikgu Ayu kita. Boleh klik di banner di atas atau SINI.
DIMANA ITU KEBAHAGIAAN??
Sumber : Google
Thursday, December 22, 2016
Tip pujuk anak ke sekolah
Sumber : Google
- Sebelum ke sekolah mahupun dalam perjalanan ke sekolah, wujudkan perbualan tentang persekolahan. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di tadika seperti ada ramai kawan dan guru yang baik, dan ada aktiviti yang seronok bersama kawan-kawan.
- Di rumah, lakukan ulang kaji bersama-sama. Siapkan alatan persekolahan bersama-sama anak seperti beg sekolah, buku-buku dan pelbagai lagi.
- Sebelum tidur, pesanlah pada anak untuk membaca doa sebelum tidur supaya anak dapat bangun awal untuk ke sekolah dengan gembira. Beritahu pada anak bahawa guru dan kawan-kawan sedang tertunggu-tunggu kedatangan anak di tadika esok.
- Tonjolkan keceriaan kita ketika menyambut anak pulang daripada sekolah. Wujudkan perbualan tentang sesi persekolahan dengan menanyakan soalan-soalan berkaitan kawan-kawan, pelajaran yang diajar oleh guru dan aktiviti-aktiviti yang diikuti.
- Beri ganjaran dari segi pujian dan galakkan apabila anak menunjukkan sikap yang baik dan suka ke sekolah, Sekali sekala, mungkin boleh diberikan ganjaran berbentuk fizikal yang berpatutan sekiranya anak menunjukkan sikap yang baik semasa ke sekolah.
Wednesday, December 21, 2016
Tuesday, December 20, 2016
Bloglist Januari Tahun 2017
Rasanya untuk tahun ini, amat jarang sekali MPA nak join segmen.
Bukan setakat segmen, entry blog ini pun tersangkut-sangkut.
Insya Allah, untuk tahun hadapan 2017, MPA akan berusaha untuk update sebaik yang boleh.
Bloglist MPA pun rasanya nak kena rombak juga ni.
Jika ada masa, insya Allah, MPA akan usahakan juga nanti.
Sebelum MPA rombak bloglist MPA, jom support rakan blogger kita dengan join segmen di bawah :
Boleh klik di banner atau di SINI.
JOM SUPPORT!!
Big Bad Wolf 2016
Di pintu masuk BBW. Sudah terasa kemeriahannya.
Amir sedang memilih buku yang berkenan di hati.
Inilah di antara buku yang menjadi pilihan MPA dan adik-adik MPA.
Bertemu lagi di lain tahun, insya Allah.