Thursday, September 21, 2017

Selamat Tahun Baru 1439 Hijrah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah.

Tik tok, tik tok. 
Jap lagi dah nak masuk tahun baru 1439 Hijrah. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ek. 


Bacaan Doa Akhir Tahun (3 kali) :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.
 وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَلَمْ تَرْضَهُ ، وَنَسِيْتُهُ وَلَمْ تَنْسَهُ ، وَحَلُمْتَ عَنِّيْ مَعَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ ، وَدَعَوْتَنِيْ إِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جَرَاءَتِيْ عَلَيْكَ. اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ مِنْهُ فَاغْفِرْ لِيْ اَللَّهُمَّ وَمَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ الثَّوَابَ وَالْغُفْرَانَ فَتَقَبَّلْهُ مِنِّيْ ، وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَز
وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

Bacaan Doa Awal Tahun
Sebelum membaca doa awal tahun, sebaiknya membaca ayat kursi sebanyak 360/121/100/77/ 41/21/11 kali (semampunya) dengan basmalah di setiap permulaannya. Kemudian membaca doa berikut sebanyak salah satu angka tersebut semampunya :

اللّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالِيْ إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَال، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم .

Dan dilanjutkan dengan doa awal tahun (3 kali) :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تَمْلَأُ خَزَائِنَ اللهِ نُوْرًا ، وَتَكُوْنُ لَنَا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ فَرَجًا وَفَرْحًا وَسُرُوْرًا ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْأَوَّلُ ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ الْعَمِيْمِ الْمُعَوَّلِ ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ ، أَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ ، وَالْاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Cepat je masa berlalu. Walaupun tahun baru untuk kalendar Islam, kita boleh jugak nak buat azam jugak tau. 

Macam MPA sendiri, MPA berazam meningkatkan lagi amal ibadah. Kalau tahun ni buat yang wajib, tahun depan nak tambahlah yang sunat pulak, sikit-sikit tapi istiqamah. Nak buat sekaligus banyak, takut lubang-lubang pulak. Jadi kita slow and steady. 😉

MPA mendoakan semoga amal ibadah kita untuk tahun ini diterima Allah dan mendapat balasan yang setimpal dengannya. Semoga amal ibadah kita dapat bertambah dan istiqamah untuk tahun akan datang ni. Semoga kita juga kuat, sabar dan tabah untuk terus beramal ibadah kepada Allah Taala pada tahun-tahun mendatang ni. 

Insya Allah, aamiin.

SELAMAT TAHUN BARU 1439 HIJRAH.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, September 19, 2017

Donut Gebu Gebas

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah.
Hujung minggu semalam ni, terfikir nak mencuba resepi yang dapat dari Facebook, iaitu Donut gebu gebas (gebu gebas ni buat tambah-tambah bagi sedap bunyi je. Hihi)

Orang kata nak buat donut kene tangan yang 'panas', maksudnya tangan yang sesuai untuk buat roti dan donut ni sebab nak kena uli la kan. Tu yang MPA takut sikit nak buat tu. 
Sebenarnya lebih kepada penangan TV je tu sebab nak buat roti dah senang sekarang dengan adanya Breadmaker. Yang penting yakin pada diri dan berserah pada Allah. Insya Allah, menjadi.

Ni resepi yang MPA cuba tu. Cubalah.

RESEPI DONUT PANDAN GEBU TAK YAH ULI-ULI

Bahan 1:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir 
1 cawan air suam/+air pandan.. 
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang

Bahan 2 :
4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara membuat :
Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti, kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata.
Masukkan dalam bekas dan tutup biarkan selama 1 jam.
Adunan memang lembik, tak perlu tambah tepung, lepas 1 jam tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut.
Biarkan Selama lebih kurang 15 minit, lepas tu boleh goreng dan disalut gula.

Kredit kepada Facebook page Senangnya Masak.

Lebih kurang macamtula. Cuma MPA ngada-ngada sikit salut dengan coklat, konon nak buat macam donut Big Apple tu. Hihi. 

Jom cuba untuk sarapan pagi atau minum petang ke. 😉

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, September 14, 2017

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa kebakaran pusat tahfiz

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Allahuakbar!

Pagi-pagi lagi kita dikejutkan dengan berita kejadian kebakaran di pusat tahfiz di ibu negara yang mengakibatkan 23 mangsa termasuk pelajar dan warden pusat tersebut.
Mulanya MPA kurang percaya sikit. Almaklum, banyak sangat berita sekarang. Bila betul sahih, barulah MPA berani nak bercerita.
Allahuakbar! Sedih! Itu yang MPA dapat katakan. MPA sendiri sedih, apatah lagi ahli keluarga dan sahabat handai mangsa. 
MPA ada terima juga gambar di tempat kejadian. Mulanya taknak bukak sebab takut mengerikan. Tapi akhirnya buka juga sebab rasa ingin tahu kuat sangat. Tapi lepas je bukak, terus delete. Harapnya kepada yang lain sila jangan forward ya. 
Memang betul ianya sedih dan menyayat hati tapi ada aib mangsa disitu. Jika ada yang berkongsi mahupun forward dimana-mana laman sosial, kalau boleh delete, silakanlah delete. Kalau tak boleh, minta pihak yang lain untuk delete dan tidak terus sebarkannya. Bukan apa, kalau kita jaga aib orang, insya Allah, orang jaga aib kita. 

Walaupun mungkin kita ni bukan ahli keluarga mangsa, marilah kita sama-sama mendoakan semoga ahli keluarga mangsa diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapinya. Buat mangsa, semoga syurga menanti buat mereka. Semoga urusan pengebumian mangsa-mangsa dipermudahkan. Insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, September 11, 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, September 05, 2017

Kembara Jom Jimat Elektrik

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Saturday, September 02, 2017

Hello September!

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah, dah masuk bulan September. Cepat je masa berlalu. Tinggal suku bulan je lagi untuk ke 2018.

Harini jugak genap MPA setahun pegang title surirumah sepenuh masa. Kejap je rasanya. Cita-cita MPA masa kerja dulu. Alhamdulillah, tak sangka bole capai pulak. Hihi

Masa mula-mula tahun lepas, memang kelam kabut plus penat. Serius, siapa kata surirumah mudah, memang silap besar. Walaupun macamtu, seronok sebab dapat tengok keletah anak depan mata kita sendiri. 

Apa yang penting kena pandai urus masa. Ambil masa jugak MPA nak tune masa. Selalu jugak terbabas. Tapi mesti kena belajar dari kesilapan. Respect betul kat mak anak ramai. Tapi yela, rezeki dan bahagian masing-masing. Syukur apa adanya.

Masa mula-mula, gigil jugak tangan tak pegang pen, kertas dan PC. Tapi kalau pandai urus masa dengan baik, dapat jugak pegang untuk salin resepi ke, tips-tips ke walaupun tak dapat hari-hari. Jadila kan. Hihi

Walaubagaimanapun, walau dimana pun kita berada, ada cabaran dan ujiannya tersendiri. Takyah cemburu dengan orang lain sebab kita tak tau hakikatnya yang sebenar macamana. Betul tak?

Kita jalani apa juga yang mendatang pada kita dengan syukur, sabar dan tabah. Insya Allah, kita akan berlapang dada terima segalanya. 

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: