عن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول – قال الله تعالى : يا بن ادم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان ولا أبالي , يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك , يا بن ادم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة – رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, saya mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah Ta’ala berfirman, ‘Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka AKU akan mengampuni dosamu dan AKU tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya AKU memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui AKU dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukanku dengan sesuatu pun, niscaya AKU datang kepadamu dengan memberi ampunan sepenuh bumi pula”
HR Tirmidzi, Status Hadis HASAN SHAHIH.
Mohonlah sebanyak mana keampunan dari Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun selagi kita sebagai hamba-Nya tidak syirik kepadaNYA. Betapa Allah begitu sayang kepada hamba-hamba-Nya dan begitu kasih Allah kepada hamba-hamba-Nya. Adakah kita masih mencari alasan untuk tidak membuat apa yang Allah suruh? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.
Wallahua'lam
Sumber : admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Alhamdulillah
Tup tap, tup tap, hari ini adalah 1 Jun 2017. Sudah setengah tahun kita berada di tahun 2017. Walaupun sudah setengah tahun, rasanya macam baru semalam kita masuk ke tahun 2017.
Pada waktu ini, umat Islam seluruh dunia sedang menyambut bulan Ramadhan. Ini bermakna umat Islam mesti berpuasa di siang hari. Ada yang sudah mula cuti puasa?. Kalau bersebab seperti yang disyariatkan, jangan lupa mengganti pula nanti ya.
Ramadhan kali ini, ramai juga sahabat-sahabat MPA yang akan melahirkan anak. Semalam, jiran MPA selamat melahirkan anak lelaki. Bila dengar sahabat-sahabat bersalin, macam seronok je dapat ahli keluarga baru. Rindu pada bau baby. Tetapi bila mengenangkan puteri MPA, Ain Humaira, ada hikmahnya Allah tidak memberikan rezeki anak lagi kepada MPA sekeluarga.
Teringat sewaktu menyusukan badan kepada Ain, cabaran betul di bulan puasa. Almaklum, bila menyusu badan, perlu banyak air di dalam badan serta mudah lapar. Untuk itu, MPA perlu banyak minum air selepas berbuka dan sewaktu bersahur untuk menampung keperluan air dalam badan. Selain itu, tidak dinafikan kurma dapat membantu keperluan badan agar tidak mudah rasa lapar di siang hari. Itulah yang MPA amalkan di sepanjang bulan Ramadhan.
Kepada sahabat-sahabat MPA yang bakal melahirkan anak di bulan Ramadhan ini, semoga urusan kalian dipermudahkan serta dikurniakan anak yang soleh dan juga solehah, insya Allah.
Kepada sahabat-sahabat yang berpuasa Ramadhan, selamat berpuasa dan beramal ibadat. Semoga amal ibadat kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah Taala, insya Allah.
Wallahua'lam