Monday, December 30, 2013

Segmen Azam Blog 2014 by HBP

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
 
Jom join segmen kawan mama ni. ^_^
 
 
azam blog tahun 2013 (kalau ada)
untuk blog, mama tak berapa berazam untuk tahun ni sebab mama baru sahaja aktif semula setelah dekat 2 tahun senyap-sesenyapnya.
 
azam blog baru untuk tahun 2014
1. berusaha untuk update entri-entri yang memberikan faedah kepada semua samada melalui pembacaan mahupun melalui pemerhatian sekeliling
2. menyokong sahabat-sahabat dengan menyertai pelbagai segmen-segmen yang dianjurkan, tak menang pon tak apa. yang penting sokong sahabat mama.
3. BW sahabat-sahabat mama sekurang-kurangnya 20 dalam masa seminggu (dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti kekangan masa pada hari bekerja, balik kampung pada hujung minggu, dll). Harap-harap lebihla ye dari tu.
 
p/s : kalau ada yang mama tergelincir, mintak tolong ingatkan ye. terima kasih. ^_^
 
Share:

PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-4-bulan-by.html
 
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan. Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist  dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).


Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)


SYARAT PENYERTAAN:

1. seorang blogger dan aktif berblog.


2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".


3. follow blog  Coretan Hati  dan  Diari Resipi.


4. add G+  Kathy R'bain.


5. like pages facebook :-





6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.


 7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013 jam 12 tengahmalam.
 
Share:

Happy Monday

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Alhamdulillah, hujung minggu yang agak memenatkan tapi sangat seronok.
Sebab apa ye?
Sebab lebih kurang 5 hari mama habiskan masa mama dengan melayan kerenah anak bujang mama yang semakin manja sekarang.
 
Almaklumla, mama kan kerja.
Jadi, masa dengan dia terlalu singkat rasanya dalam sehari.
 
Apa-apa pon, selamat bekerja sahabat semua.
Lambat tol ye wish. Hehe
 
 
 
Share:

Sunday, December 29, 2013

Saturday, December 28, 2013

Friday, December 27, 2013

Thursday, December 26, 2013

Wednesday, December 25, 2013

Tuesday, December 24, 2013

Frust sikit

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Frust sikit? Ape tu yer?
 
Macam ni ceritanya.
Mama dah apply cuti untuk hari Khamis dan Jumaat ni dari hujung bulan lepas.
Mama rancang cuti mama, bukan tak rancang.
Lainla mama dalam minggu ni baru nak apply tak pon hujung minggu lepas.
Alih-alih harini bos mama EL dengan alasan tayar pancit.
Jumaat lepas dia cuti rilek je bole, takde pesan apa-apa pon.
 
 
Harini bos mama email dari rumah dia ke mama suruh mama cari pengganti mama dari jabatan lain sebelum pukul 11pg.
Kalau tak, cuti mama kena tolak. (Dah kena tolak pon...huhuhuhuhu)
Terkejut jap mama, yela takkan sedap-sedap mama je nak minta staf jabatan lain.
Kita ni orang kecik-kecik je. Orang-orang besar la bercakap sesama dorang.
 
Barulah mama tau yang bos mama ni ada masalah komunikasi dengan semua orang.
Ramai yang tak suka dengan bos mama termasuklah bos yang paling besar.
Padanla selalu kena marah dengan bos besar.
 
Mama ada email ke ketua jabatan lain untuk minta pinjamkan staf dorang tapi takde jawapan pon. Mama ada tanya partner mama samada memang mama ke yang kena mintak staf dari jabatan lain untuk ganti mama. Partner mama kata tak, patutnya bos yang mintak. Macamana tu?
 
So, kesimpulannya, mama terpaksa Cuti Kecemasan pada Khamis dan Jumaat ni.
Korang jangan buat cam mama ek tapi kalau terdesak bole la kot.
Cuma pastikan partner kita ok dan tak membebankan dia.
Kalau tidak, kesian pulak dia nanti.
Kita sedap-sedap cuti, dia pulak yang terbeban sorang-sorang.
 
Share:

Segmen : Jom Blogwalking

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Jom join

Tak menang tak apa, yang penting kita bersahabat dengan ramai orang.
Ramai sahabat banyak pengetahuan. ^_^

Wallahua'lam

Share:

Hujan

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah, harini awal mama sampai opis. 
Papa hantar harini sebab papa nak betulkan kereta mama.
Biasala kereta lama, jadinya ada la nak betul2kan sikit sebelum melarat.
Pagi lagi harini dah hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat dari Allah.
Sempena hujan dan musim hujan ni, jom kita baca doa sewaktu hujan :

Sumber : En Google

Wallahua'lam

Share:

Saturday, December 21, 2013

Heroes and Friends

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Baru je tadi ni mama bawak nenek Amir belanja barang dapur kat Tesco.
Banyak la jugak barangnya. Biasala untuk sebulan.

Sekarang kan Tesco tengah buat promosi Heroes and Friends.
Alhamdulillah, dah dapat 3 dah.
Sebenarnya tak buat koleksi pon.
Kebetulan berbelanja kat sana, ada tu ambil jela.
Bolehla buat tambah2 mainan Amir. Hehe


Wallahua'lam

Share:

Friday, December 20, 2013

Menikmati musibah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Jarang sekali kita diajak untuk menikmati musibah yang menimpa. Namun, tanpa kita sedari, musibah juga boleh kita turut nikmati dengan cara bersyukur terhadap perhatian dan peringatan yang Allah berikan kepada kita. Macamana tu?

Contohnya, dengan keadaan cuaca dan persekitaran kita sekarang ni, bersyukur tak kita dengan anugerah hujan yang Allah berikan? Boleh dikatakan setiap hari mesti hujan pada petang hari. Kadang-kadang terdetik di hati, "alamak, hujan lagi". Sedar tak sedar kita seakan tidak menggemari hujan. Tapi bagaimana pula bila tiba musim kemarau panjang? Pada masa itulah, hujan amatlah dihargai.

Begitulah halnya dengan musibah. Musibah yang Allah turunkan bersesuaian dengan kemampuan hambaNya. Tanda Allah sayang dan ingat pada hambaNya serta mahukan kebaikan kepada hambaNya. 

Suhaib bin Sinan radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam bersabda : 
Betapa ajaibnya seorang Mu'min (orang yang beriman)! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, tetapi ianya tidak berlaku pada orang lain kecuali kepada seorang Mu'min.. apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kepada Allah dan memperoleh ganjaran.. dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dengan penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjaran..

Bersyukurlah dengan musibah yang menimpa kerana ada insan lain yang lebih berat musibah yang melanda mereka namun janganlah berbangga diri dengan musibah kita tetapi berdoalah agar mereka yang ditimpa musibah yang lebih berat daripada kita agar dipermudahkan serta diberi keringanan kerana kasih dan sayangnya kita sesama manusia.


Sumber : Rancangan Raudhah, Radio Nasional FM,
http://dupahang.wordpress.com/2008/09/16/sakit-sebagai-kaffarah-dosa/

Wallahu'alam
Share:

Thursday, December 19, 2013

Kalendar dan Cuti Umum 2014

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Dah nak dekat hujung tahun ni, mesti ramai yang sibuk mencari kalendar kan.
Mama tak dapat lagi kalendar tahun depan.
Mama ada tanya daripada beberapa supplier dan sahabat-sahabat tapi belum ada lagi.
Insya Allah, tak lama lagi dapat la tu. Hehe
Nak tanya la pada sahabat-sahabat mama semua, bila kita dapat kalendar baru, 
apa yang pertama sekali kita tengok?
Kalau mama, mama tengok cuti hari raya, pastu baru tengok anniversary bila.
Dah tu, tengok pulak birthday mama, papa dan Amir jatuh hari apa.
Bukan apa, planning cuti. Hehe
Lagi-lagi tahun depan turn kami beraya di Perak.
Di sini, mama tolong sahabat mama semua planning cuti tahun depan.



Jadual ni boleh di download dari laman web : http://www.kabinet.gov.my/images/stories/kelepasanam/2014_merged.pdf
Bolehla sahabat semua tengok cuti umum berdasarkan negeri masing-masing.
Yela, ada negeri yang ambil cuti ni, ada yang tak.
Contohnya negeri Johor dan Kedah tak ambil cuti Tahun Baru 2014 tapi ambil cuti Awal Muharam.
Apa-apapon, selamat merancang percutian.
Wallahu'alam.
Share:

Wednesday, December 18, 2013

Monday, December 16, 2013

Selamat Hari Isnin

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Dah Isnin ye, kejap je rasanya.


Mama excited sikit kerja harini sebabnya partner mama dah mula kerja harini setelah bercuti 2 hari.
Pastu kerja yang kat tangan mama kebanyakkannya dah nak abis.
Tapi bersedialah nak terima kerja-kerja baru.

Biasalah hujung-hujung tahun, nak agih-agihkan diari la, greeting cards la.
Nak dekat Chinese New Year nanti mama mula sibuk la balik.
Kerja dengan bos cina, faham-faham la.
Nak agihkan greeting card la, atur hantar limau la.
Murah rezeki dapat la banyak limau mandarin samada dari bos sendiri atau dari contractor dan supplier.


Semoga dipermudahkan segala urusan, insya Allah...aamiin

Wallahu'alam

Share:

Sunday, December 15, 2013