Thursday, December 31, 2015

Sorotan sepanjang 2015

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah. 
Insya Allah, tepat 12 tengah malam nanti kita akan melangkah ke tahun 2016. Banyak cabaran, halangan, ujian mahupun kejayaan, kebahagiaan dan pencapaian yang kita tempuh untuk tahun 2015 ini.

Untuk MPA sendiri, memang banyak ujian buat diri MPA dan keluarga. Antaranya MPA tinggal di wad sebulan lebih disebabkan masalah kehamilan, berita anak yang dikandung MPA ada masalah, adik MPA dinasihatkan untuk berhenti kerja disebabkan syarikat hendak mengecilkan margin dan pelbagai lagi.

Walaupun begitu, setiap ujian, ada hikmah yang tersembunyi yang adakalanya tak terjangkau dan tercapai dek akal kita ini. Antara hikmah yang MPA dan keluarga peroleh ialah kami lebih berusaha mendekatkan diri kepadaNya, kami lebih bersabar, tabah dan redha dalam menghadapi ujian daripadaNya. Untuk MPA sendiri, MPA lebih banyak belajar bersabar dan kawal diri untuk sentiasa positif dalam apa jua yang ditempuhi.

Alhamdulillah, pada 2015 ini juga satu-satunya adik lelaki MPA telah disatukan dengan jodohnya dalam majlis yang sederhana pada bulan Februari dan tahun ini juga, Amir telah menjadi abang pada bulan Oktober.

Tidak dinafikan, tahun 2015 juga dapat dilihat tahun merundum buat blog ini. Blog ini menjadi berhabuk dan bersawang. Sedih betul MPA tapi apakan daya, MPA memang tak dapat nak berikan komitmen. Insya Allah, mudah-mudahan tahun 2016 memberikan sinar pada blog ini. Banyak yang nak diceritakan sepanjang ketiadaan MPA. Insya Allah, MPA cuba ceritakannya perlahan. Harap tak jemu la yer.

Okla, rasanya ramai yang menanti detik 12 malam ini untuk meraikan tahun baru. Walau dimana pun kita menyambut, jaga tatasusila, adab sopan dan batasan agama kita. MPA tahun ni sambut kat rumah bersama baby MPA dan Amir je. En Suami kerja dan balik lewat harini.

Jom kongsi dengan MPA sorotan tahun 2015 sahabat semua.

Share:

Wednesday, December 23, 2015

Wednesday, December 09, 2015

Episod Menghitung Hari

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Ok, jom sambung cerita MPA sebelum ni, 
Hari ke-32 berpantang - Punca duduk hospital lama. Mau tak menghitung hari, mengharap dapat keluar balik je sepanjang kat dalam hospital. 

Sumber : google

Mulanya lalu juga makan makanan hospital sebab dah redha kena menghadapinya, tapi lama-lama tak lalu juga kalau menu yang sama je. Biasala makanan hospital kerajaan, lain la hospital swasta. Alhamdulillah, mak dan suami sangat memahami, rajin mereka bawakkan makanan untuk MPA. Duduk lama kat hospital, dah boleh kenal nurse-nurse yang ada, siap dah boleh agak jadual kerja mereka. Bukan setakat nurse yang dah kenal MPA ni, doktor termasuk doktor pakar pon kenal. Terma atau istilah yang mereka gunakan pon MPA dah boleh agak prosedur yang akan dilakukan. Mana taknya, boleh dikatakan hari-hari benda yang sama.

Sumber : Google

MPA ditempatkan di wad bersalin, jadi dah duduk lama macam-macam ragam mereka yang nak bersalin dapat MPA lihat. Ada yang muka cool je, siap senyum-senyum, rupanya jalan dah bukak banyak. Rilek je nak pergi bilik bersalin. Ada yang mulanya cool, tapi bila dah mula bukak jalan, meraung-raung menangis. MPA sempat menyaksikan pesakit yang bersalin di kaunter, pesakit yang telah disahkan baby sudah meninggal di dalam perut dan tunggu masa untuk bersalin, pesakit warga asing yang ada masalah komunikasi akibat tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris serta MPA berkesempatan bertemu banduan yang hendak bersalin ditemani Pegawai daripada Jabatan Penjara. Ada juga warga asing yang ditemani Pegawai daripada Jabatan Imigresen. Pendek kata, memang pelbagai pengalaman MPA peroleh sepanjang hampir sebulan tinggal di Hospital Kajang. Ada episod suka dan ada episod duka.

Sumber : Google

Menangis? Tipu kalau MPA kata tak menangis langsung duduk kat situ. MPA mengaku memang menangis, mengenang suami dan anak di rumah. Sebelum ni selalu bersama dan sebolehnya laungkan masa sebanyaknya bersama, tiba-tiba MPA sorang yang kena duduk di sini. Tapi bila mengenangkan kebaikan untuk MPA dan anak yang dikandung, MPA kuatkan semangat. Alhamdulillah, MPA dipertemukan dan ditempatkan bersama dengan pesakit-pesakit yang senasib dengan MPA, yang memang confirm duduk lama di Hospital. Sebenarnya MPA sakit apa yer?

Sebenarnya MPA disahkan mempunyai masalah uri bawah atau bahasa doktor Placenta Previa. Masalah uri bawah ni ada 4 peringkat dan MPA disahkan pada Peringkat 3; uri dah tutup sebahagian laluan bersalin. Harapan untuk bersalin normal memang dah takde, confirm memang kena czer. 

Sumber : Google

Penyebab MPA ditahan wad adalah MPA mengalami pendarahan pada 3 September 2015. Masa tu MPA tengah tidur, terjaga pukul 1.30 pagi sebab rasa gatal tekak. MPA batukla. Agaknya terkuat batuk, MPA terasa sesuatu terkeluar semacam period. MPA pergi ke toilet. Sekali tengok rupanya seketul darah. MPA dah dipesan oleh doktor jika alami pendarahan, segera ke Hospital untuk mengelakkan sebarang masalah lain pulak. Terus MPA kejutkan suami dan bergegas ke Hospital Kajang dalam pukul 2 pagi. Terus terang masa terkeluar ketul darah tu, MPA tak rasa sakit pon. Lepas-lepas tu pon, on the way ke hospital pon, MPA tak rasa apa-apa sakit pon. Tapi yela, mencegah lebih baik daripada mengubati, lebih baik segera ke Hospital. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, selepas diperiksa oleh doktor on-call yang bertugas, tak lama lepas tu, MPA diarahkan untuk duduk di wad. Sejak itu, MPA memang tidak merasa dah untuk keluar melainkan untuk keluar sekejap di depan wad untuk bertemu Amir. 


Jadi, pesakit, nurse dan doktor la jadi kawan-kawan MPA. Alhamdulillah, suami ada belikan buku Sodoku, Word Search, majalah Solusi dan PA&MA, bolehla buat menghilangkan rasa bosan. Kalau ikutkan stress dan fikir negatif, memang bengang dan bosan tapi daripada sudut positif, agaknya Allah nak MPA lebih mendekatkan diri kepadaNya. Doktor Pakar, Doktor Adzlina selalu motivate MPA untuk ambil ianya daripada sudut positif. Katanya sibukkan diri dengan mendekatkan diri kepadaNya dengan melakukan solat sunat Dhuha, Tahajjud, Hajat dan sebagainya selain membaca Al-Quran. Mana tau dapat khatam Al-Quran ke sepanjang duduk di hospital sebelum keluar, yang mana belum tentu lagi kita dapat lakukkannya jika diluar. Katanya lagi, anggaplah ianya percutian untuk MPA berehat sepuasnya, yela ada tukang masak dan tukang cuci baju sebab kena pakai uniform pink hospital. Betul juga apa yang dikata. Kebetulan bulan September dan awal Oktober, Malaysia kan mengalami jerebu teruk sampai kena tutup sekolah 2-3 kali. Jadi, MPA anggap hikmahnya Allah nak MPA dilindungi daripada menyedut udara jerebu yang sememangnya tak baik untuk diri dan kandungan MPA. 

Sumber : Google

Pengajaran sepanjang MPA duduk lama di hospital adalah bersangka baik dengan ketentuan Allah dan sentiasa positif. Jiwa tenang dan tak tertekan, fikiran pun tenang dan tak kusut. Selain itu, sedikit sebanyak dapat mendekatkan diri kepadaNya. Alhamdulillah, ini semua berkat dikelilingi oleh insan-insan yang positif iaitu suami, ahli keluarga, sahabat andai serta warga hospital yang positif.

Wallahu a'lam

Share:

Sunday, December 06, 2015

Salam takziah buat kerabat diraja & warga Johor

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Maha Pencipta.
Semalam lewat petang, kita menerima khabar duka berkaitan pemergian Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil, anakanda Sultan Johor.

Salam takziah buat seluruh kerabat diraja Johor serta rakyat Johor. 

Setiap yang bernyawa pasti akan berakhir dengan kematian. Kita yang masih bernyawa, mari teruskan kehidupan ini berlandaskan syariat daripada Maha Pencipta. 

Didoakan semoga roh yang telah pergi ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Aamiin
Share:

Wednesday, December 02, 2015

Monday, November 30, 2015

Lauk pelik

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Apa la lauk yang pelik tu yer?
Sebenarnya takde yang pelik sangat. Ni semua gara-gara anak yang sedang membesar. Malam tadi buka peti ais sebab nak perhangatkan EBM (Express Breast Milk) untuk baby MPA. Skali MPA jumpa ni :


Mesti dapat agak kan kerja siapa? Siapa lagi kalau bukan Amir Syukur. Amir nampak orang simpan ikan, daging semua dalam peti ais, dia pon nak simpan. Jadinya, macam ni la. Geli hati sekejap, tapi terasa pulak dah besar dah anak bujang MPA ni. Sebelum ni dia absorb jer. Sekarang ni masa untuk dia beraksi la pulak. 

MPA selalu pesan pada diri, suami dan ahli keluarga MPA supaya jangan buat atau berkata-kata dengan perkataan bukan-bukan. Selain itu, rancangan TV juga MPA minta kerjasama semua ahli keluarga untuk tapis apa yg ditonton. Almaklum, anak tengah nak meniru, risau kalau dipraktikkan yang bukan-bukan.

Budak-budak sekarang tak macam zaman dulu, pendedahan buat mereka terlalu banyak dan macam-macam. Dengan internet, facebook, instagram, tweeter, youtube dan macam-macam lagi. Semua perkara boleh diakses dengan mudah dan cepat. 

Kita sebagai ibubapa dan orang dewasa perlu arif atau paling tidak, tahu dengan perkembangan terkini. Tak semua mengarah ke arah negatif, ada juga yang memberikan kesan positif. Walauapa pon, kita seimbangkan antara dunia dan akhirat. Mudah-mudahan dunia dapat, akhirat pon dapat.

Wallahua'lam

Share:

Friday, November 13, 2015

Salam Jumaat - Laluilah ia walaupun TERPAKSA

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Salam Jumaat semua.


Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukannya. Allah jua yang Maha Mengetahui segala perkara yang terbaik buat hambaNya. Banyak yang boleh dipelajari daripada perkara-perkara yang kita tidak mahu dengan kita berlapang dada dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Insya Allah, segalanya terasa begitu indah, sesuai pada masanya.

Wallahu'alam.

Share:

Thursday, November 12, 2015

Hari ke-32 berpantang - Punca duduk hospital lama

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke-32 MPA berpantang. Dah nak abis pantang baru nak cerita yer. Huhu. Minta maaf semua. 


Dari mengandung, bersalin sampailah berpantang, kali ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran buat diri MPA sendiri dan ahli keluarga MPA. Banyak yang berlaku. Slowly, MPA cerita satu persatu untuk kenangan MPA sendiri dan buat pengetahuan sahabat-sahabat MPA yang mungkin ramai tak tau.

Dalam entri MPA yang lepas, Cuti-cuti Malaysia Tanpa Disangka tu, MPA ada cakap yang MPA duduk hospital kan. Dalam sepanjang hidup MPA ni, inilah pertama kali MPA duduk lama sangat di hospital. Bukan calang-calang lama, sebulan lebih ataupun secara terperinci 42 hari.

Macamana MPA boleh duduk lama macamtu? Sebenarnya sebelum tu MPA ada checkup dan scan kat klinik kesihatan dan doktor klinik kesihatan minta refer ke Hospital Kajang untuk detail scan baby. MPA mulanya ingat memang prosedur biasa macamtu, rupanya doktor klinik kesihatan syak MPA ada masalah uri bawah. Bila detail scan di Hospital Kajang, MPA memang sah ada masalah uri bawah atau bahasa sainsnya Placenta Previa. Masalah uri bawah / Placenta Previa ni ada 4 jenis. Boleh lihat bawah ni untuk jenis Placenta Previa :

Sumber : Google

MPA disahkan berada pada Type III, maksudnya sebahagian uri dah menutup laluan keluar baby. Maksudnya takde harapan untuk bersalin secara normal dan confirm czer. Masa dah tau tu, redha jela walaupun pada mulanya memang mengharapkan untuk merasa bersalin secara normal. Almaklum, masa bersalin Amir, MPA czer juga. Insya Allah, ada yang terbaik buat diri MPA dan keluarga.

Risiko uri bawah ni pendarahan. Doktor dah pesan kalau ada pendarahan, cepat-cepat ke hospital. Seminggu selepas detail scan di Hospital Kajang, MPA mengalami pendarahan. MPA tak buat kerja berat masa tu, tidur dan terjaga sebab gatal tekak dan batuk. Terasa sesuatu keluar macam period. Periksa kat tandas, ada ketulan darah rupanya keluar. Masa tu pukul 1.30 pagi. Terus MPA kejut suami untuk tengok sebab macam tak pasti pulak. Suami tengah mamai-mamai terus segar bila tengok ketulan darah tu. Lebih kurang sebesar tapak tangan jugakla. Terus kitorang bersiap dan bergegas ke hospital pukul 2.00 pagi tu. Amir tengah tidur masa tu, MPA terpaksa kejutkan mak MPA untuk tengok-tengokkan Amir. 

Sampai ke Hospital Kajang, terus doktor yang bertugas malam tu, Doktor Fatimah dan Doktor Siti periksa dan scan MPA. Disebabkan bleeding, MPA terus ditahan wad. Mulanya MPA ingat setakat sehari dua. Bila doktor pakar melawat siang nya tu, MPA difahamkan MPA akan ditahan sehingga bersalin. Alamak, baru 3 September 2015. Ikutkan due bersalin 5 November 2015. Tak ke 2 bulan jugak nak kena duduk hospital. Pastu macamana dengan kerja MPA, banyak tak settle lagi, handover pon tak sempat, Amir lagi. Aduhai, bercelaru sangat masa tu. Alhamdulillah, suami sangat memahami dan minta MPA bersabar. MPA berterus terang dengan boss MPA dan Alhamdulillah, boss pon faham dengan keadaan MPA. Tapi MPA tetap rasa bersalah sebab menyusahkan dia. Huhu

3 September 2015 : bermulalah episod MPA menjadi penghuni Hospital Kajang untuk jangka masa 42 hari.


Terdapat beberapa siri pendarahan lagi yang MPA alami sebelum bersalin. Entri lain MPA akan ceritakan yer. Terima kasih sudi membaca. ^_^

Share:

Sunday, September 06, 2015

Cuti-cuti Malaysia tanpa disangka

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

MPA lama tak bersiaran rupanya pergi cuti-cuti Malaysia. Hoho. Cuti la sangat dengan perut makin ke depan ni. Sekarang jalan sikit dah mengah dan kebas kaki kiri. Anggaplah dugaan Allah pada hambaNya yang mampu.

Nak tau kat mana cuti-cuti Malaysia MPA? Sebelum MPA tunjuk kat mana, MPA nak bagitau yang percutian MPA kalini makan masa yang lama. Berkemungkinan sebulan lebih. Sakan betul kan?. Tapi kalau sahabat dah tau nanti, bukan setakat kata MPA sakan, boleh mati kutu dibuatnya. Hahaha.

Okla, MPA bercuti sakan kat sini :


Kat hospital, katil 26. Bestnyer la kan. Huhu

Pada masa MPA taip entri ni, sebenarnya dah 3 hari MPA jadi penghuni katil ni. Staff nurse, doctor & cleaner dah jemu agaknya tengok muka MPA yang tak reti-reti ke nak balik. Hoho

Bukan MPA taknak balik, dah doktor pakar tak kasi balik. Redha jela ni.

Dah bercuti ni, bolehla update blog skit-skit. Daripada makan tido je, mau naik berat yang dah memang naik ni. Hihi

Nanti MPA cerita ya kenapa la dengan MPA ni nak cuti lama-lama kat katil 26 ni. Hoho

Jumpa lagi. ^_^

Share:

Sunday, August 23, 2015