Saturday, January 21, 2017

Jangan risaukan kata-kata orang

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Sumber : Google Image

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai - LAUT INI PENCURI

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai - LAUT INI BAIK HATI

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai - LAUT INI PEMBUNUH

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai - LAUT INI PENUH BERKAT

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka 

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-siapa Untuk Menilai Siapa-siapa.
Kita bukan hidup di atas kata sesiapa, namun hiduplah diatas dan mengikut kataNya.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani)

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, January 20, 2017

Ganjaran Pahala Solat Di Masjid

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


APABILA SOLAT DI MASJID, INSYAALLAH INILAH PAHALA YANG AKAN PEROLEHI:

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah ditabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Subhanallah.

Besar sungguh pahala yang diperoleh bila kita solat di masjid. Maha Pemurah sungguh Allah kepada kita hamba-hambaNya. Agaknya, daripada pahala-pahala ini, berapa pahala dapat dicapai jika solat berjamaah di rumah?

Oleh itu marilah kita berjemaah di masjid sedapat yang mungkin. Walaubagaimanapun, lakukanlah dengan ikhlas semata mengharap redha daripada Allah. Semoga amal perbuatan kita diterima oleh Allah. 

Wallahu'alam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, January 19, 2017

Hasil pertama

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah
Siap juga hasil pertama MPA sepanjang 5 bulan duduk rumah.
Amboi, lama betul MPA ambil masa sampai 5 bulan. Hihi. Bukan macamtu. Bila jadi surirumah sambil jaga anak ni, memang orang kata masa tu penuh dengan macam-macam aktiviti rumahtangga tapi ada juga masa lapangnya sikit-sikit, terutama bila anak-anak tidur dan maknya ni mata terang lagi sebab MPA bukan jenis yang tidur siang. 
Selain update blog ni, MPA nak juga ada hobi baru. Jadi, inilah hasilnya. Hihi. Nak pergi ke kelas, MPA memang tak dapat sebab tuntutan tugas menjaga Ain. Dalam zaman yang serba canggih ni, pelbagai tempat boleh kita belajar. Antaranya Youtube. Walaupun pada mulanya memang terkial-kial, tapi 'Practice make Perfect' kan?
Dalam hati, teringin juga jadikan hobi sebagai sumber pendapatan. Ok kan? Sebab ramai juga yang jadikan hobi sebagai sumber pendapatan. Insya Allah, mudah-mudahan ye boleh jadi sumber pendapatan.
Apa pula hobi sahabat MPA semua? Jom kongsikan. 
Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, January 18, 2017

Monday, January 16, 2017

Buku Screaming Free Parenting

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada sifat marah. Terkadang, tanpa sengaja, rasa amarah seringkali terbias ke anak-anak kita. MPA juga tidak terlepas terutama bila penat kerja seharian dan anak-anak meragam. Bila dah marah tu, terasa pula menyesalnya di hati.

Alhamdulillah, MPA dipertemukan dengan buku ini :


Pada mulanya, MPA sendiri rasa macam kena perli, tapi bila ambil dari sudut positif, bagi MPA, buku ini mesti dimiliki oleh semua ibubapa sebagai panduan dan rujukan. Buku ini ada dimuatkan latihan-latihan buat kita, para ibubapa dalam melatih sifat sabar yang tinggi semasa melayan anak-anak. Selain itu, ada juga kisah-kisah teladan dan dialog-dialog yang sepatutnya dan tidak sepatutnya diucapkan kepada anak-anak.

Paradigma lama : Bermain dan bergembira itu tidak penting untuk anak.
Paradigma baru : Bermain adalah dunia anak kita, dan fasa ini penting!

Paradigma lama : Masa kanak-kanak itu cuma masa yang penuh dengan hal remeh-temeh.
Paradigma baru : Masa kanak-kanak adalah waktu keemasan yang perlu dioptimumkan semaksimum mungkin. Usia 0-5 tahun adalah masa 'peka belajar' untuk mereka, dan 50 peratus kecenderungan belajar disemai pada waktu ini.

Perbezaan paradigma di atas ternyata menjadi cabaran baru untuk ibubapa pada masa kini. Bahkan bukan satu perkara yang mudah apabila teknologi mampu menerobos ke dalam rumah kita sepantas kilat menyabung. Pada masa yang sama, anak-anak kita semakin terdedah kepada pelbagai corak persekitaran, yang pantas mencambahkan kreativiti dan daya pemikiran mereka.

Screaming-Free Parenting membawa kita mengenali corak mendidik anak secara kreatif, penuh dengan budi pekerti, dan tanpa perlu bersusah payah menjerit, "Tidak!" dan "Jangan!". Ada pelbagai lagi kupasan, tip dan teknik yang dapat membantu ibubapa menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.

Buku ini sudah lama MPA beli sebenarnya tapi kesempatan membaca terbatas membuatkan ianya mengambil masa yang lama untuk MPA menyudahkan pembacaan. Mana taknya, bila MPA nak mula membaca, anak-anak merangkap assistant MPA mulalah nak membelek juga buku apa yang dipegang MPA. Hasilnya kulit buku dah mula melengkung tu hujungnya. Buku ini MPA beli secara online di laman web Bookcafe. Bolehla layari laman web Bookcafe untuk lihat dan beli. Semoga ianya bermanfaat untuk semua, insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Saturday, January 14, 2017

Bila anak mula bersekolah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah

Setelah 2 minggu bersekolah, Amir dah mula dapat buku latihan. Seronok bukan main lagi dapat buku latihan. Tapi awal-awal lagi MPA dah ingatkan dia, buku ini untuk buat di sekolah bila cikgu suruh, bukan buat sekarang di rumah. Awal lagi MPA dah pesan sebab ada juga beberapa sahabat sekolah Amir dah mula buat sebab seronok dapat buku.

Akibat penangan cerita Upin dan Ipin, bersungguh Amir minta MPA balut buku-buku latihan dia. Kebetulan adik bongsu MPA masih bersekolah lagi dan ada segulung plastik pembalut buku yang belum digunakan lagi, bolehla MPA gunakan untuk balut buku-buku Amir.

Gigihla MPA membalut buku satu per satu. Dah lama sangat tak membalut ni. Zaman sekolah dulu-dulu je balut buku, itu pun buku teks. Bila dah jadi mak-mak ni,  kenalah belajar dan biasakan diri dengan perkara berkaitan sekolah. Antaranya balut buku, basuh kasut sekolah, gosok baju sekolah, dan pelbagai lagi.

Amir baru tadika. Kalau Tahun 1 nanti, bertabahlah MPA nampaknya. Begini rupanya gaya mak-mak ya. Hihi

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, January 13, 2017

DOA KEBAIKAN AGAMA, DUNIA DAN AKHIRAT.

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


DOA KEBAIKAN AGAMA, DUNIA DAN AKHIRAT. 

اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang ia merupakan benteng pelindung bagi urusanku. Dan perbaikilah duniaku untukku, yang ia menjadi tempat hidupku. Serta perbaikilah akhiratku yang ia menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai kebebasan bagiku dari segala kejahatan.” (HR. Muslim no. 2720 dari Abu Hurairah)

Sumber : Telegram Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Jom amalkan. Semoga kita sama-sama peroleh kebaikan agama, di dunia mahupun di akhirat, insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, January 12, 2017

Nota Buat Hati

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Nota Buat Hati

Jadikan Sebahagian Lemon Sebagai Minuman Yang Manis.

Orang yang bijak akan mengubah kerugian menjadi keuntungan. Sedang orang bodoh pula akan menjadikan musibah bertambah musibah.

Al-Imam Ahmad dipenjara, hasilnya beliau dijulang sebagai Imam Ahli Sunnah.

Al-Imam Ibn Taimiyyah dipenjara, natijahnya beliau menghasilkan satu himpunan ilmu yang berharga.

Al-Sarakhsi dilemparkan ke dalam perigi lama, natijahnya beliau menghasilkan 20 jilid kitab Fiqh.

Apabila anda ditimpa musibah, maka lihatlah dari sudut yang positif.

Jika anda diberikan segelas jus lemon yang masam, maka tambahkan sesudu gula agar ia menjadi manis.

Jika anda diberikan ular berbisa, maka ambillah kulitnya yang berharga.

Tumbuhkanlah mawar ditanah yang tandus.

Selamat berpositif!🙂

Sumber : Telegram Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Positifkan diri walau apa jua yang datang melanda. Semoga kesannya memberikan 1001 kebaikan buat diri kita serta orang di sekeliling kita, insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, January 11, 2017

Thursday, January 05, 2017

Pendeknya Saat Membesarkan Anak-Anak

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sumber : Google Image

PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK-ANAK

Satu ketika dulu, rumah ini dipenuhi oleh tawa, tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan pelbagai lagi. Buku, pensel, seluar dan baju berterabur di lantai bilik. Bedak dan sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut dan bantal berteraburan d bawah meja. Maka, kedengaranlah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya, seorang anak akan bertanya emak, "Mak, mana pensil saya?". Kemudian sorang lagi bertanya, "Bedak mana mak?" Sorang pulak akan tanya, "Anak tudung saya mana mak?"

Mak segera lupakan jeritan semalam, "Tu la, lain kali jangan sepah barang-barang."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak-anak, ada katil yang kosong. Tempat sangkut baju pun sikit jer bajunya. 

Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau anak-anak pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran.  Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap-tuap anak punyai bau istimewa masing-masing. Jadi, mak pun hidu udara bilik tu sedalam-dalamnya untuk hilangkan rindu pada anak-anak.

Apa yang tinggal sekarang adalah memori gelak, tawa, tangis dan aneka perangai anak-anak. Dan juga kehangatan badan anak-anak dibawah pelukannya masa kecil dulu.

Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. 
Tapi ia seindah padang pasir yang tak berpenghuni. 
Buka dan tutup pintu pun sendirian. 
Dulu selalu jerit, suruh anak-anak buka atau tutup. 
Kamu semua dah ada dunia sendiri.

Mak dan abah sentiasa memohon, "YA ALLAH, peliharalah anak-anakku walau dimana jua mereka berada. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Penyayang."

Nikmatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari.

Dedicated to all parents. Kehidupan kita sekarang.

Sumber : Grup Whatsapp

Sungguh, anak-anak membesar hanya sekali. Nikmatinya setiap detik kerana kita akan merinduinya suatu hati nanti.

Rindunya saat-saat sewaktu Amir Syukur & Ain Humaira kecil dulu.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, January 04, 2017

Scarves Gaya Muslimah Moden

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Lebih dikenali sebagai shawl atau hijab, womens scarf atau scarf wanita merupakan salah satu gaya pemakaian hijab. Kadang kala, scarves turut digunakan oleh wanita di negara barat terutamanya di sekitar Eropah. Selalunya scarves bersaiz lebih kecil, berbentuk segi empat dan kurang luas. Oleh itu, ianya akan digayakan oleh para hijabista dengan cara moden. Rekabentuk scarves wanita mempunyai pelbagai corak dan warna seperti shawl dan tudung wanita yang lain.

Gaya scarf hijab kelihatan agak sukar tapi dengan cara yang betul, anda mampu memakainya dengan lebih bergaya. Mari kita lihat beberapa sumber inspirasi gaya scarf moden untuk para wanita Muslimah. Mana tahu, anda mungkin meminatinya dan terus tampil bergaya dengannya? Jom perhatikan pakaian mana sesuai untuk menggayakan scarf moden.

1. Scarf untuk ke tempat kerja


Untuk para wanita bekerjaya dan mahu tampil lebih bergaya, scarf sesuai untuk digayakan di persekitaran pejabat dengan memakainya bersama blaus labuh dan long cardigan digandingkan bersama aksesori tambahan seperti rantai sebagai fokus utama pakaian anda. Dengan cara ini anda akan lebih bergaya dan yakin di tempat kerja.

2. Scarf untuk majlis perkahwinan


Kalau anda mahukan gaya terbaru untuk majlis perkahwinan anda, pastikan pengapit anda menggayakan scarf hijab. Scarf sememangnya lebih pendek daripada biasa jadi gaya ini bagi mereka yang mempunyai pakaian yang ada ciri-ciri seperti lace. Tampil lebih elegan dan klasik dengan menggunakan scarf hijab moden untuk perkahwinan anda nanti.

3. Scarf untuk pergi melancong


Untuk mereka yang sering bercuti atau pergi mengunjungi negara luar, elok memakai gaya scarf kerana ianya lebih senang dipakai dan boleh digayakan tanpa mengira musim. Scarves juga boleh dipakai sebagai lapisan luar pada musim sejuk. Jadi anda tidak perlu risau untuk melancong di negara luar.

Apa tips anda untuk memakai scarf? Kongsi lah bersama supaya semua wanita Muslimah boleh mencuba gaya hijab moden ini.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: