Monday, November 21, 2022
Thursday, November 17, 2022
Tempoh berkempen hampir tamat
Tuesday, October 18, 2022
How fast time flies
Semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ummi dan ayah. Semoga menjadi pejuang agama Allah. Semoga menjadi adik yang penyayang kepada abang, keluarga dan ummah. Semoga berjaya di dunia dan akhirah. Semoga kudrat yang ada dicurahkan untuk menabur jasa dan bakti buat ummah walau apa jua yang dilakukan.
P/S : Sorry for mix language because I feel more comfortable wish for my solehah daughter in Malay, rather in English. And also, please accept my broken English, if there is any. Hehehe
Sunday, October 16, 2022
Berkumpulnya seluruh ahli keluarga
Friday, July 08, 2022
Ketibaan 8 Zulhijjah iaitu Hari Tarwiyah
- hari ini merupakan hari di mana para jemaah haji bergerak dan akan bermalam di Mina. Jadi, para jemaah haji akan menyiapkan air untuk meneruskan perjalanan ke esok untuk ibadah wukuf.
- Nabi Ibrahim A.S mendapat mimpi daripada Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail A.S. Jadi, sepanjang hari baginda A.S berfikir dan tertanya-tanya tentang mimpi yang dialaminya.
Kepada yang mengambil peluang berpuasa hari ini, selamat berpuasa dan semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan yang kita laksanakan ini. Insya Allah.
Jangan lupa, esok Hari Arafah, yang mana ada salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa.
Jom kita buat senarai doa apa yang kita hendak panjatkan dan semoga Allah SWT mengabulkan permintaan dan doa kita sesuai dan bertepatan pada masanya. Insya Allah.
Selamat beribadah 😊
Friday, July 01, 2022
Selamat datang Zulhijjah 1443H dan Julai 2022
Wednesday, June 01, 2022
Assalamualaikum, hello and welcome June and Zulkaedah
UMIE AMIRAIN
Monday, January 17, 2022
Pakej Keluarga Malaysia
Isinya : 1 Oximeter, 1 Thermometer, 4 Kit Ujian Covid-19 dan 4 face mask jenis fabrik.
Antara benda penting yang mesti ada di setiap rumah pada masa sekarang terutama bila ada ahli keluarga yang kurang sihat.
Thermometer memang MPA standby daripada dulu lagi, masa anak soleh MPA, Amir kecil lagi. Oximeter pula MPA standby sejak ada anak solehah MPA, Ain kecil lagi disebabkan masalah kesihatan yang dia ada.
Alhamdulillah, bila dapat lagi yang baru ini, MPA simpan dulu. Akan digunakan bila yang sedia ada ini rosak atau bermasalah.
Sekarang bukan anak-anak saja kene periksa, mak pak pun kene periksa juga keadaan dan status kesihatan.
Bila ada pakej kit ini, memang membantu sangat terutama mereka yang belum ada lagi.
Semoga pakej kit ini digunakan sebaiknya dan dapat memanfaatkan ramai orang. Insya Allah.
Lot's of love,
Thursday, January 13, 2022
Hidup yang aku pilih
"Secara defaultnya, inilah perjalanan hidup manusia : Lahir --> Belajar --> Kerja--> Kahwin --> Mati. Jadi, jika ini yang dilalui oleh semua, apa yang membezakan kita dan manusia yang lainnya? Ya, yang berbeza adalah BAGAIMANA kita memilih untuk melaluinya."
Buku ini amat bagus untuk mereka yang nak memulakan langkah baru dalam hidup, untuk lebih mengenali diri sendiri mahupun yang nak bangkit semula selepas kejatuhan. Sangat recommended.
Wednesday, January 12, 2022
Berapakah nombor giliran kita?
Wednesday, January 05, 2022
Happy New Year 2022
MPA