Wednesday, August 31, 2016
Monday, August 22, 2016
Quotes (7) - Kata Ulama
Wednesday, August 17, 2016
Quotes (6) - Tinggalkan keburukan
Tuesday, August 16, 2016
One going up, another will coming soon
Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal.
Apabila dia mencapai usia tiga tahun, dia sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang dia boleh berus (dengan sedikit bantuan daripada anda) – satu langkah asas ke alam penjagaan diri.
Bila pertumbuhan gigi berkembang
Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.
Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.
Bagaimana ia berkembang
Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar.
Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.
Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.
Apakah perkembangan seterusnya?
Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.Bagaimana anda boleh membantu
Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula.Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.
Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain.
Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.
Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.
Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).
Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.
Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.
Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.
Bila anda harus bimbang
Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.
Thursday, August 11, 2016
Quotes (5) - You don't know your future
Wednesday, August 10, 2016
Quotes (4) - Musibah
Tuesday, August 09, 2016
Quotes (3) - Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Monday, August 08, 2016
Quotes (2) - Pinjaman
Saturday, August 06, 2016
Quotes (1)
Friday, August 05, 2016
Istidraj
ISTIDRAJ
1. Tidak sembahyang tetapi exam cemerlang
2. Tidak solat tetapi gaji berlipat-lipat
3. Tidak tutup aurat tetapi bisnes meningkat
4. Tidak puasa tetapi rumah dua tiga
5. Tidak bayar zakat tetapi selalu naik pangkat
6. Derhaka ayah ibu tetapi duit beribu-ribu
Nikmat yang diberikan membuatkan mereka menjadi lebih sesat.
Bertaubatlah sebelum ajalmu tiba.
Doa pagi Jumaat
Thursday, August 04, 2016
Doa dan Usaha
Terdapat perbezaan yang besar antara berdoa dan berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dengan berdoa sahaja dan berharap ianya akan terjadi dengan sendiri. Itu sebabnya adanya formula berkaitan dengan DOA dan USAHA ini iaitu :
Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal = D.U.I.T
Bila adanya kesemua diatas, insya Allah, segala yang diimpikan akan tercapai. Tapi yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jika telah berusaha segala daya tapi tidak dapat seperti apa yang dihajati, periksa diri dan amal perbuatan kita. Mungkin ada cacat celanya di mana-mana. Jika semuanya telah dilakukan tetapi keadaan masih juga sama, anggaplah ianya adalah perkara yang terbaik buat kita. Ada juga beberapa perkara yang Allah simpan dan tidak diberikan kepada kita kerana Allah Maha Mengetahui perkara yang terbaik buat hambaNya. Bersangka baik dan serahkanlah segalanya kepada-Nya. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan redha Allah, insya Allah.
Wallahua'lam