Monday, May 25, 2020

Aidilfitri yang unik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Masih belum terlambat rasanya Umie mengucapkan Salam Aidilfitri, maaf zahir batin buat semua pembaca blog ini walaupun hari ini hari ke 2 di bulan Syawal.

Alhamdulillah, raya tahun ini Umie rasa macam sunyi sikit sebab kebanyakannya memilih untuk berada di dalam rumah. Tapi Umie perasan, ada juga beberapa rumah masih menerima tetamu. Umie percaya mesti mereka mengamalkan SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Alhamdulillah, tahun ini Umie sekeluarga beraya di rumah mak ayah Umie sendiri, kebetulan memang giliran mak ayah Umie dan rumah mak ayah Umie dekat saja dengan rumah Umie. Indah sangat percaturan Allah sebab selain memang giliran beraya di rumah mak abah Umie, perjalanan rentas negeri juga disekat untuk elak penularan wabak Covid-19.

Mak ayah mentua Umie berada dalam golongan yang berisiko. Bila ada penguatkuasaan macam itu, sekurangnya dapat juga kami bantu mak ayah mentua Umie menjaga kesihatan selain anak solehah Umie, Ain yang berada dalam golongan yang berisiko juga.

Walaupun tak bersua muka secara berdepan, inilah kebaikan teknologi sebab masih dapat bersua muka secara atas talian, demi kebaikan masing-masing. Segalanya atas talian sekarang, bukan saja pembelian atas talian saja, ucapan hari raya dan bersalam-salaman pun boleh diadakan secara atas talian. Canggih betul!

Siapa yang lahir di tahun 80-an dan awal 90-an macam Umie mungkin memikirkan tahun 2020 adalah tahun di mana adanya kereta terbang, tapi rupanya tidak, sambutan hari raya yang terbang di awangan, atas talian. Perkara yang terjangkau pemikiran kita sebelum ini, tapi ianya realiti pada masa sekarang. Hebatnya perancangan Allah buat kita semua dan sememangnya Allah juga Maha Mengetahui.

Buat semua pembaca blog ini, semoga Aidilfitri kali ini memberikan 1001 kefahaman atas hikmah terjadinya wabak Covid-19 dan kekal sabar, tabah dan kuat menghadapi segala yang mendatang. Insya Allah, aamiin.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Saturday, May 23, 2020

Ramadan yang paling indah di tahun 2020

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Alhamdulillah, hari ini sudah 30 Ramadan di tahun 2020. Bagi Umie, inilah Ramadan yang paling indah dalam sejarah bukan saja sejarah hidup Umie, tapi Umie percaya sejarah kehidupan kebanyakan daripada kita.
Sebab apa? Sebab Umie percaya, inilah satu-satunya Ramadan yang bertembung dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Dan Umie juga percaya sebahagian besar daripada kita semakin berubah kearah kebaikan termasuklah diri Umie sendiri. Perasan tak?

Pada mula PKP, Umie sendiri terasa macam lost, bingung sekejap. Manakan tidak, keperluan kebanyakan masa di rumah dan kalau hendak keluar sekalipun, perlu ikuti norma baru iaitu pakai topeng muka, penjarakan sosial dan juga kerap basuh tangan ataupun pakai hand sanitizer.

Kalau kerap basuh tangan dan kerap gunakan hand sanitizer, itu memang menjadi amalan keluarga Umie sebab Umie ada anak syurga yang perlu tahap kebersihan yang tinggi. Tapi penjarakan sosial dan juga pakai topeng muka, itu memang norma baru bagi kami sekeluarga.

Tambahan, untuk ke kedai atau ke mana-mana, anak-anak perlu ditinggalkan demi kesihatan dan keselamatan mereka. Dulu, kalau hendak ke mana-mana, seperti ibubapa yang lain, memang kami bawa saja. Tapi sekarang tidak.

Ada juga terdetik rasa kasihan pada mereka. Jadi pilihan yang terbaik yang dapat kami fikir ialah bawa mereka jalan-jalan menaiki kereta tanpa turun daripada kereta dan terdedah dengan keadaan luar.

Ramadan ini Umie kata Ramadan yang terindah sebab di Ramadan ini Umie rajin ikut live ustaz ustazah di Facebook. Dulu memang tahu video ustaz ustazah ini, tapi macam sekali lalu macam itu saja, tak ambil berat pun. Hikmah PKP, Allah suruh Umie sekeluarga ambil berat dengan nasihat dan terguran yang Allah nak bagi melalui live ustaz ustazah. Allahu, terima kasih Allah. Huhuhu

Selain itu, sedar tak sedar Umie ter'join' PMC (Prof Muhaya Circle), TOMR (Training Online Magnet Rezeki) serta beberapa seminar dan kelas online. Allahu. Agaknya kalau tak kerana PKP dan Ramadan ini, Umie rasa Umie masih sama, tak cuba keluar daripada circle dan juga selesa dengan comfort zone.

Nak kata Umie ini aktif di grup atau circle tersebut itu, belum lagi tapi sekurangnya dengan sertai grup dan circle tersebut, Umie terasa lebih terarah dan lebih kawal diri, walaupun ada masanya terbabas lagi. Insya Allah, masih dalam proses pembelajaran dan penambahbaikan diri.

Di bulan Ramadan ini juga, perasan tak, pertama kali pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan secara online untuk elak penularan wabak Covid-19. Kan?

Allahu, terasa sedih pula di penghujung Ramadan ini, sebab belum tentu bertemu dengan Ramadan tahun depan. Semoga kita semua terus istiqamah dengan apa yang kita lakukan di Ramadan ini selepas ini. Insya Allah, aamiin
Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: