Friday, July 28, 2023

Bercuti percuma bersama Shaklee

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah ala kulli haal. Rezeki hasil kerja keras, dalam Oktober tahun lepas, leader Umie berjaya unlock trip percutian Shaklee ke Switzerland. Betul-betul bercuti dan berehat beliau waktu tu sebab baru lepas uruskan anak-anak yang kurang sihat bergilir-gilir, di samping Encik Suaminya yang sambung belajar di United Kingdom. Sungguh, lepas Allah berikan ujian bertubi-tubi, Allah hadiahkan beliau percutian yang tak pernah beliau terfikir pun sebelum ini akan dapat.

Di Switzerland, beliau dan sahabat yang lain menginap di Burgenstock Hotels and Resort. Dari hasil tanya ke Encik Google, harga menginap satu malam di sini dalam ribu-ribu 😲. 

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : Booking.com

Kalian tengok ni. Kalau Umie sendiri nak booking macam ni dengan flight ticket lagi, makan lagi, jalan lagi, hai, ntah berapa juta agaknya habis. Bukan ratus ribu, memang juta-juta jela jawabnya. Telan air liur pun macam tersekat je ni rasanya kalau duit sendiri kena keluarkan banyak ni. Huhu

Tapi kalau dah orang nak belanja, tinggal bawa diri dengan kain baju je, duit perjalanan, makan minum, hatta duit shopping pun Shaklee sediakan, takkan nak menolak pulak kan, melainkan ada halangan besar yang tak boleh nak dielakkan. Best ke best sangat?

Sebelum sampai tu, mereka naik shuttle boat, ada boat trip lalu Tasik Lucerne dan kemudian naik Burgenstock Funicular (ala-ala macam keretapi Bukit Bendera Penang tu), baru sampai ke hotel, lenggang kangkung tau. Sebab masa sampai kat airport, staf hotel dah siap-siap ambil luggage masing-masing, letak dalam bilik.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah boat trip tu. Nampak best kan. Duduk duduk, gelak gelak. 
Takde pun luggage menempel kat sebelah.

Jadi, masuk saja bilik dah ada luggage sendiri. Tak payah nak susah payah seret sana sini, tolak sana sini untuk ke hotel. Best kan macam tu? Kalau ada anak, kita layan anak je. Kalau tak, alamatnya mana nak layan anak, mana nak tolak luggage. Alih-alih, hangin pun sampai. Umie la tu 😅.

Percutian Shaklee ni bukan duduk diam-diam saja dalam hotel. Mereka naik ke Jungfraujoch, top of Europe pulak. Naik atas tu memang sejuk sangat la dengan ketinggian 3,454 meter dari aras laut dan suhu sana dalam lingkungan -7.9 darjah Celcius. Boleh beku dibuatnya kalau tak pakai baju yang sesuai.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Ini serba sedikit info tentang Jungfraujoch tu.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Bole main salji atas ni tau. Bole feeling ala-ala winter sonata gitu. Hehe

Mereka bukan stay di Burgenstock Hotels dan Spa saja tau, mereka juga ada stay di Beau Rivage Hotel and Royal Savoy Hotel, di Lausanne juga. Dikatakan hotel ni ramai orang kenamaan pernah singgah dan menginap di hotel ni. 

http://mamapapaamir.blogspot.com
Ini hotel kedua yang mereka tinggal. Nampak mewah kan?

Acara kemuncak adalah mereka makan malam di Le Musee Olympique atau Muzium Olympic di Lausanne. Di sini, mereka dihadiahkan setiap seorang jam jenama Swatch khas untuk sukan Olympic sebagai cenderahati.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah jam Swatch edisi Olympic tu. 

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah leader Umie yang dapat ke Swiss tu. Comel je berbaju kebaya kat negara orang.

Kalian jangan tanya Umie macamana nak sebut tempat mahupun hotel ni semua tau sebab Umie sendiri pun berbelit lidah dibuatnya nak menyebut. Confirm lain benar dengan sebutan sebenar dan boleh kena ketawa dengan orang sana. Hahaha 😂

Nak cerita detail, takut kalian jemu pulak, 3 hari 3 malam kang tak habis-habis baca nanti. Jadi, inilah sebahagian itinerary perjalanan percutian Shaklee. Ada juga masa mereka pergi shopping ya. Buat terlalu padat sangat jadualnya, ada masa renggang untuk jalan-jalan, ambil-ambil gambar semua.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Rugila tak jalan dan shopping kat tempat orang. Lagi-lagi dapat duit shopping Shaklee bagi lagi.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Posing sikit. Kat Malaysia memang tak la pakai macam ni. Lencun baju yang bahagian dalam tu dibuatnya. Hehehe

Umie belum rezeki lagi tapi sedang berusaha untuk pergi ke trip seterusnya. Insya Allah, bulan depan ni, bulan Ogos, bagi yang berjaya, dapat ke USA dan salah satu destinasi semestinya Disneyland, kesukaan bukan saja anak-anak, mak ayah pun seronok juga ni.

Selain itu, trip tahun depan akan ke Jepun. Arigato gozaimasu! Belum apa-apa Umie ni dah train dah. Hahaha.

Penangan kecil dulu suka tengok cerita Mirror Attack, Gaban, Suria Baja Hitam dan cerita Oyuki la ni. Siapa yang pernah tengok, mesti tau kan cerita semua ni pasal apa. Masa tu banyak cerita dari Jepun, sedikit sebanyak minat dengan negara Jepun.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah trip untuk tahun 2024. Ada yang nak join? Klik link di bawah entry ni ya.

Umie minat dengan negara Jepun sebab katanya mereka ni orang yang sangat menjaga masa, kira punctual la. Kalau tren katakan waktu ketibaan pukul 8, memang akan sampai pukul 8. Lepas tu, mereka juga sangat menjaga kebersihan. Susah nak nampak sampai merata ni kat sana. 

Tipulah kalau takde yang negatif tapi kita ambil yang positif sajalah tentang Jepun ni atau apa-apa perkara pun. Bak kata orang dulu-dulu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Tak gitu?

Kalian doakan Umie ya berjaya unlock trip ke Jepun dan yang seterusnya. Dapat bercuti free, tempat mewah, makanan sedap, siapa tak nak kan?

Kalian kalau nak join Shaklee tapi malu nak sembang dengan Umie, boleh klik link ini ya 👉https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1265902

Tapi kalau kalian nak sembang, tanya-tanya dengan Umie, feel free klik sini 👉http://byciksaw.wasap.my

Insya Allah, Umie ada untuk membantu kalian.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Sunday, July 23, 2023

Tips Travel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Travel memang best, boleh buat healing sekali. Lagi kalau dapat travel free macam yang Shaklee offer tu, lagi seronok. Sedia badan dengan kain baju saja. Pengangkutan, penginapan, makanan hatta duit shopping pun Shaklee sponsor. Masyuk kan? 

Insya Allah, awal bulan depan, pengedar Shaklee yang layak akan berangkat ke USA. Jadi sekarang ni, mana yang akan berangkat tu, tengah sibuk uruskan apa yang patut sebelum berangkat ke sana. 

Jadi, Umie nak share sikit tips travel bagi yang akan dan suka travel. In case kalian ada nak add on, just drop by kat komen bawah ek. Antara tips travel yang Umie nak kongsi ialah :

1. Semak keadaan cuaca semasa

Sumber : pexels.com

Bila kita ke tempat orang terutama melibatkan luar negara, kena pastikan apa cuaca terkini negara terbabit terutama negara yang ada 4 musim. Jadi kita boleh bawa baju ikut keperluan semasa. Kalau kita tak semak, kebetulan sana cuaca musim sejuk tapi kita bawa baju musim panas, tak ke naya nak kena beli baju dekat sana pula kan?

2. Semak pusat kesihatan yang terdekat
 
Sumber : pexels.com

Ini Umie memang selalu buat kalau nak ke tempat orang, hatta dalam negara sendiri sebab bila tak sihat terutama anak-anak, kita boleh tahu nak tuju ke mana. Bila ada ambil medical card, kita kene pastikan mana klinik atau hospital yang terdekat yang boleh terima medical card kita kalau jadi apa-apa. Umie ada anak yang mudah jatuh sakit, jadi ini memang menjadi keutamaan Umie kalau nak ke mana-mana, hatta balik kampung. Senang cerita dah siap-siap simpan dalam handphone in case apa-apa berlaku.

3. Semak makanan tempatan
Sumber : pexels.com

En Suami Umie seorang yang suka nak tahu apa makanan istimewa di satu-satu tempat. Contoh macam Muar, terkenal dengan mee bandung. Kalau ke Pahang, masakan ikan patin. Kalau ke Penang, pasembornya. Jadi, bila nak ke satu-satu tempat, kami akan tanya En Google apa makanan istimewa tempat tersebut. Bagi kami tak dapat makan di tempat viral tak apa yang penting dapat tau macamana makanan tu.

Ini antara tips travel dari Umie yang Umie sendiri buat sebelum ke mana-mana. Tapi semenjak Covid, kami belum direzekikan untuk travel lagi dengan anak-anak. Doakan ya kami dapat travel satu hari nanti. Insya Allah, aamiin.

Umie sejenis tak boleh nak travel lone ranger, mesti teringat En Suami dan anak-anak. Terfikir apa la yang mereka makan kat rumah, macamanalah keadaan mereka dan macam-macam lagi. Dulu masa kerja ada Annual Dinner Company, sanggup Umie sewa hotel lain yang dekat dengan tempat dinner sebab tak nak tinggalkan mereka. 

Tapi bila masa makan kena tinggalkan mereka, kita lak makan sedap-sedap, jadi makanan tu tak berapa sedap di tekak Umie. Jadi bila nak travel, memang akan add-on dorang sekali. Hehehe

Kepada kaki travel, have a great trip. Tapi dalam masa yang sama, berhati-hati juga di tempat orang sebab kita tak tahu macamana keadaan tempat tu, orangnya dan macam-macam lagi. 

Have a great journey korang dan selamat menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.

Barakallahu fikum.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, July 19, 2023

Salam Maal Hijrah 1445 Hijrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah.

Alhamdulillah, direzekikan kita semua melangkah ke tahun baru Hijrah.

Kalau tahun Masihi, sambutan memang meriah. Alhamdulillah, tadi dekat Masjid Negara, meriah juga sambutan Umie tengok dekat channel Tv AlHijrah.

Bukan kemeriahan yang menarik perhatian sebenarnya. Umie terfikir lebih kepada apa sumbangan Umie sendiri sehingga ke tahun lepas. Allahu, kurangnya sumbangan ataupun manfaat yang Umie berikan.

Untuk tahun baru Hijrah ni, nak kena tanam azam juga nampaknya, azam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Ruginya la hai kalau masih kat takuk lama. Lagi-lagi dalam bab agama, Allahu, banyak sangat nak kena baiki.

Baiknya Allah, masih rezekikan kita bernafas sampai harini. Tapi insaf pula Umie bila fikir, dengan bertambahnya tahun, maka berkurangnya masa kita ada kat dunia ni. Allahu 😭

Amal sememangnya kurang sangat, apatah lagi manfaat yang Umie sendiri sumbangkan.

Jomlah kita semua insaf berjemaah di tahun baru ni, nak? Sementara Allah masih bagi peluang.

Nanti bila peluang dah ditarik, menyesal pun tak guna lagi.

Umie doakan semoga di tahun baru Hijrah ini, semakin meningkat keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah, dan semoga kejayaan akan mengiringi kita tahun baru ini serta semoga segala usaha, kerja keras dan penat lelah kita dalam melaksanakan kebaikan di balas dengan sebaik-baik ganjaran baik daripada Allah.

Insya Allah, aamiin😌

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Tuesday, July 18, 2023

Tips Bisnes Online

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalian perasan tak, ramai yang terjun dalam bisnes online sekarang, bak kata pepatah, ibarat cendawan tumbuh lepas hujan.

Yang tak ada modal besar, join affiliate atau jadi ejen. 
Yang ada modal besar, ada yang jadi stokis atau jadi founder terus. 

Ada yang prefer online, iklan dan urusan semua di hujung jari. 
Ada yang prefer offline, suka jumpa orang sana sini. 
Tapi ada yang suka dua-dua, online dengan offline. Yang ini hebat betul.

Bila banyak bisnes wujud, kadang keliru juga nak beli dari siapa sebab seller ramai, macam Shaklee. (Salah seorang Umie la tu. Hehe)

Meh Umie kongsikan pada kalian tips bisnes online bagi yang baru rasa nak berkecimpung dalam bisnes online. Pada yang dah lama, jom support kawan-kawan kita yang baru nak join dengan tambah-tambah tips Umie ni dekat komen di bawah ya.

1. Belajar, belajar, belajar

Nak buat apa-apa, belajarlah dulu. Belajar selok belok menjual, belajar tentang produk, belajar tentang marketing, belajar tentang close deal, banyak lagi la kena belajar. Memang banyak nak kena belajar tapi kalau tak belajar, macamana nak tau dan pandai kan? Hatta yang millionare, billionare dan yang berjaya pun masih juga belajar.

2. Selalu rujuk pada leader

Bila belajar mesti ada benda yang kurang faham, nak pencerahan lebih, masa ni carilah leader. Masa blur tak tau nak buat apa untuk bisnes, carilah leader. Sebab mereka tahu apa step seterusnya yang boleh bantu kita menuju kejayaan.

3. Rajin berusaha.

Orang berjaya memang rajin berusaha. Bila baca buku biografi orang berjaya macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Allahu, malu dengan diri sebab dia rajin sangat sampai rasa macam dia tak berehat langsung. Tapi Umie sendiri, Allahu, banyaknya rehat. 😭

Begitulah. Tak ada jalan shortcut untuk berjaya tapi usaha tak pernah mengkhianati hasil. Insya Allah.

Semoga kalian yang ada buat bisnes online akan berjaya satu hari nanti. Insya Allah.

Jom teruskan usaha. Semoga Allah berkati dan rahmati usaha kita ini. Insya Allah.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, July 13, 2023

Tips kerja dari rumah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Satu masa dulu, Umie pernah kerja kat pejabat. Macam orang cakap, keluar sebelum matahari terbit, balik matahari dah terbenam. 

Yang paling teruk, pernah tengah malam baru balik, awal pagi dah nak kena keluar ke pejabat. Ni selalunya due nak hantar tender, mesti balik lewat. Rabak mata tak payah cakapla. Blur je bila ke pejabat esoknya tu. Huhu

Tapi bila pilih nak kerja dari rumah, ada cabarannya juga. Lagi lagi bila ada anak-anak nak diuruskan. Kita lah chef, cleaner, driver, guard; senang cerita kitalah CEO (Chief Of Everything). Hahaha

Jadi, Umie nak kongsilah sikit tips kerja dari rumah yang Umie sendiri buat. Mungkin kalian pun ada yang buat jugak, ntah-ntah lagi advance dari Umie, sudilah kongsikan kat comment bawah ek.

1. Flexible
http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : pexels.com

Umie sejenis yang kalau tengah buat kerja, memang tak boleh kacau. Bila kena kacau, macam kena trigger gunung berapi, hangin di buatnya. Macam kerja pejabat dulu, ada yang pernah cakap takut nak tegur Umie sebab muka macam nak telan orang. Hahaha

Bila perlu mula kerja dari rumah masa PKP haritu, memang struggle. Tengah nak buat kerja, masa tu la anak nak kena kelas online, uruskan makan minum, belum lagi anak nak menempel je sebab boring abangnya ada kelas online.

Jadi, slowly Umie belajar untuk flexible dan pilih keutamaan. Memang kerja itu utama tapi bila dapat uruskan dengan baik anak-anak, bagi dorang kerja untuk dorang sibukkan, baru kita dapat selesaikan kerja kita dengan baik.

2. To-do list
Sumber : pexels.com

Kerja pejabat ke, kerja kat rumah ke, kena ada to-do list, melainkan kita memang ada rutin sendiri, sampai masa sekian sekian, buat kerja sekian sekian.

Tapi kerja dari rumah berbeza, walaupun ada rutin, ada masa terbabas juga rutin, lebih-lebih lagi bila anak atau pasangan tak sihat. Sebab tu bagi Umie, tetap kena ada to-do list untuk tau berapa banyak kerja kita dah selesaikan dan ada apa saja kerja penting yang kita kena selesaikan.

3. Solat awal waktu
Sumber : pexels.com

Nampak macam takde kaitan kan, tapi percayalah, ada kaitan sangat sebab bila kita solat awal waktu, terasa masa macam panjang saja walaupun banyak benda kita dah setelkan.

Tapi bila melengah atau melambatkan solat, terasa cepatnya masa berlalu. Cubalah dan rasalah sendiri. Ini boleh di aplikasikan bukan saja masa kerja pejabat, masa kerja di rumah pun. 

Umie bukanlah ustazah ataupun ada kepakaran dalam agama, tapi ini yang Umie sendiri rasa. Ada yang kata keberkatan masa asbab solat awal waktu. Hanya Allah juga yang tahu.


Oklah, ini antara tips yang Umie nak kongsi buat kalian semua. Kalau ada yang kalian nak tambah baik ke, nak tegur ke, silakan di ruang komen bawah ek.

Insya Allah, kita berlapang dada saja sebab masing-masing ada halangan masing-masing, ada pendapat masing-masing. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Chill chill saja ya. 

Semoga dimudahkan urusan semua, tak kisahlah kerja di rumah mahupun di pejabat. 

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: