Tuesday, July 04, 2017

Berdoa tetapi tidak mustajab?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Berdoa tetapi tidak mustajab?
Bukankah Allah berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُم ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]
Akan tetapi, kenapa sebahagian daripada kita lelah berdoa, tetapi masih tidak mendatangkan hasil. Renungilah kata-kata di bawah yang dinukilkan oleh Al-Imam Ibn Al-Qayyim di dalam Al-Jawab Al-Kafi;
وَالْأَدْعِيَةُ وَالتَّعَوُّذَاتُ بِمَنْزِلَةِ السِّلَاحِ ، 
Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang.
وَالسِّلَاحُ بِضَارِبِهِ ، لَا بِحَدِّهِ فَقَطْ ، 
Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya.
فَمَتَى كَانَ السِّلَاحُ سِلَاحًا تَامًّا لَا آفَةَ بِهِ ، 
Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan.
وَالسَّاعِدُ سَاعِدُ قَوِيٍّ
Lengan yang memegangnya pula lengan yang kuat.
وَالْمَانِعُ مَفْقُودٌ؛ ، 
Tiada pula perkara yang menghalang.
حَصَلَتْ بِهِ النِّكَايَةُ فِي الْعَدُوِّ
Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya.
وَمَتَى تَخَلَّفَ وَاحِدٌ مِنْ هَذِهِ الثَّلَاثَةِ تَخَلَّفَ التَّأْثِيرُ ، 
Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu.
فَإِنْ كَانَ الدُّعَاءُ فِي نَفْسِهِ غَيْرَ صَالِحٍ ، 
Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok.
أَوِ الدَّاعِي لَمْ يَجْمَعْ بَيْنَ قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ فِي الدُّعَاءِ ، 
Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa.
أَوْ كَانَ ثَمَّ مَانِعٌ مِنَ الْإِجَابَةِ ، لَمْ يَحْصُلِ الْأَثَرُ
Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi.
Apakah perkara yang menyebabkan doa menjadi tidak berkesan umpama pedang yang tumpul? Jawapannya pada hadis di bawah;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا ، 
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua. 
وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ ، فَقَالَ : يَأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ سورة المؤمنون آية 51 ، 
Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul. Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51].
وَقَالَ : يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ سورة البقرة آية 172 ، 
 Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172] 
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ ، 
Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu. Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai tuhan, wahai Tuhan’, 
وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ " .
sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu?
[Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1015]
#tazkirahalkahfi
| www.facebook.com/AlkahfiCenter | www.alkahfi.com.my |

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, July 03, 2017

ADAKAH KITA TANAH YANG SUBUR ATAU TANAH YANG GERSANG?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

ADAKAH KITA TANAH YANG SUBUR ATAU TANAH YANG GERSANG?

Daripada Abu Musa radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Permisalan petunjuk dan ilmu yang aku diutuskan dengannya adalah seperti hujan yang banyak yang turun ke bumi.

Terdapat tanah yang menyerap air dan tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang banyak.

Terdapat jua tanah yang menakungkan air, lalu Allah memberikan manfaat kepada manusia dengannya, lalu manusia minum, memberi minum dan bercucuk tanam dengannya.

Hujan itu turut menimpa tanah yang lain. Ia adalah tanah yang gersang yang tidak menakung air dan tidak jua menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Itulah permisalan orang yang memahami agama, lalu dia memberi manfaat dengan apa yang Allah utuskan aku dengannya. Dia belajar dan mengajar.

Itu jua adalah permisalan untuk sesiapa yang tidak mengambil kisah tentangnya, dan yang tidak menerima petunjuk Allah yang aku‏ diutuskan dengannya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ilm, no: 79].


PENGAJARAN:

1- Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam memberi perumpamaan dalam melakukan dakwah sekaligus memudahkan kefahaman pendengar.

2- Hidayah dan ilmu diumpamakan seperti hujan, manakala manusia diumpamakan seperti tanah.

3- Terdapat 4 jenis manusia yang disebutkan di atas iaitu:

Pertama: Mereka yang belajar dan memahami apa yang diajar, beramal, dan berkongsi ilmu itu dengan orang lain. Mereka ini umpama tanah yang subur yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Kedua: Mereka yang suka belajar tetapi tidak faqih. Dia juga hanya mencukupkan diri dengan amal-amal yang wajib sahaja. Dia memberi manfaat kepada orang lain kerana berkongsi, boleh jadi orang lain yang mendengar apa dia kongsi lebih faham daripada dirinya. Ini seperti mana sabda nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

Allah menyerikan wajah sesiapa yang mendengar sesuatu daripada kami lalu dia menyampaikannya sebagaimana yang dia dengar. Boleh jadi orang yang disampaikan itu lebih faham daripada yang mendengar. [Jami' at-Tirmizi, Kitab al-Ilm, no: 2657. Hasan Sahih].

Mereka ini umpama tanah yang menakung air yang dapat diminum oleh manusia dan haiwan.

Ketiga: Mereka adalah orang Mukmin yang membuat tidak kisah kepada ilmu yang disampaikan kepadanya. Mereka inilah yang disebutkan sebagai (لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا) 'orang yang tidak mendongakkan kepalanya kepada ilmu'.

Keempat: Mereka adalah orang yang telah sampainya ilmu kepada mereka, akan tetapi mereka kufur kepada ilmu dan petunjuk yang sampai kepada mereka. Mereka inilah orang yang tidak menerima apa yang telah disampaikan kepada mereka.

Justeru itu, tanyakan pada diri : tanah jenis apakah kita, subur, menakung air, atau tandus?

#tazkirahMMMR

Sumber : grup telegram

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: