Saturday, May 28, 2016

Book Lovers - The Big Bad Wolf & Jualan Gudang Karangkraf

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Rasanya ramai yang dah tau terutama pencinta buku. Apa lagi kalau bukan The Big Bad Wolf.


Tahun ni dorang offer beli kotak dan masukkan buku dalam kotak. Kotak-kotaknya macam kat bawah ni.



Ada family package jugak macam kat bawah ni.


Macamana tu yer?
Caranya macamni : 

Langkah 1 : Pilih dan beli kotak pilihan
Langkah 2 : Isikan dengan buku pilihan anda
Langkah 3 : Tutup dengan rata - MESTI!
Langkah 4 : Pergi ke kaunter keluar untuk untuk tutup kotak anda - Pastikan original resit ada bersama anda.


Lebih kurang camtu la caranya. Tak kesah buku mahal ke, murah ke, tebal ke, nipis ke, sumbat jela dalam kotak tu. Tapi pastikan masa tutup tu, boleh tutup rata, takde bonjol mana-mana.

Kalau rasa jauh sangat The Mines, Sri Kembangan, boleh pergi yang lagi satu :


Jualan Gudang Karangkraf Pertengahan Tahun 2016.
Kat mana lagi kalau bukan kat Shah Alam.
Pencinta buku confirm kenal punyala Karangkraf ni. Buku-bukunya cetakannya memang popular. Antaranya apa lagi, kalau bukan novel. Mau rambang mata dibuatnya. Hihi

Oh, dah mula cuti sekolah kan? Kalau tak tau nak bawak anak ke mana, bawak anak-anak ke jualan buku pon ok gak. Sekurangnya masa cuti sekolah ni, ada pengisian ilmu juga buat mereka.

Bestnya kalau dapat pergi salah satu. MPA tak dapatla nak pergi tahun ni sebab berkampung kat hospital, temankan Ain. Keadaan Ain dah bertambah baik tapi belum tau lagi bila keluarnya. Yang pasti, mungkin lama lagi. Harap-harap MPA tak perlulah berpuasa di hospital ni. Tapi kalau dah tertulis kena berpuasa di hospital, sudah tentu pengalaman baru & berharga buat diri MPA.

Selamat membeli buku kegemaran!!
Share:

Friday, May 27, 2016

Berkampung di hospital

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Minta maaf semua, beberapa hari MPA tak bersiaran. MPA pada waktu ini agak sibuk, menemani anak solehah MPA, Ain di hospital.

Untuk kali ke-2, Ain dimasukkan ke hospital. Kali ini bukan untuk kes dia yang sebelum ni yang MPA pernah cerita kat SINI. Kali ni untuk kes Bronchopneumonia.

Apa itu Bronchopneumonia?
Bronchopneumonia tu adalah salah satu jenis Pneumonia iaitu radang pada paru-paru disebabkan jangkitan virus, bakteris atau kulat. Bronchopneumonia memberi kesan pada kedua-dua paru-paru dan bronchi.
(Sumber : SINI)

Mulanya Ain mengalami batuk yang agak kerap, disusuli demam panas dan kadar pernafasan yang tinggi. MPA dah tak fikir panjang dah, terus bawak dia ke Emergency HKL. Lagipon, Ain masih under Pakar Paeds HKL untuk kes dia sebelum ni. Jadi, kalau apa-apa, senang dorang nak cari rekod kesihatan Ain. 

Apa yang boleh MPA cakap, Emergency HKL memang cepat. Dalam masa 1 1/2 jam - 2 jam je dari mula kami sampai, kami dah masuk wad.
Pada mulanya kami dimasukkan ke wad biasa. Tapi bila doktor wad tengok keadaan Ain terutama SpO2 dia, doktor terus suruh masuk Pediatric ICU. Hati ibu mana yang tak sedih bila tau keadaan anak dan tengok anak berselirat dengan wayar. Tapi kena kuat, cekal, sabar dan redha dengan apa yang jadi, di samping tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat anak. Yela, kalau ibu & bapa tak kuat, macamana anak nak kuat.
Alhamdulillah, lebih kurang 2 1/2 hari sahaja Ain di Paeds ICU. Semalam, Ain dah dipindahkan ke Pediatric High Dependency Ward. Sebelum ni doktor kata Ain bergantung penuh pada alat bantuan pernafasan. Sekarang ni doktor tengah slowly kurangkan kebergantungan itu. Kahak Ain yang banyak pada mulanya, dah makin berkurang sebab nurse kerap buat suction. 
Untuk Paeds ICU & Paeds HDW ni, ibubapa bole tengok anak masing-masing cuma pastikan tangan dah dicuci dengan bersih sebelum pegang anak. Biasala, kita tak tau apa yang ada kat tangan kita. Lagipun anak tengah tak sihat kan. Pelawat pon boleh datang melawat tapi hanya 2 orang saja yang dibenarkan. 2 orang ni termasuk ibubapa. Maksudnya, atok dan nenek nak tengok bole, tapi gilir-gilir la.
MPA pon berkampung kat wad sebenarnya. Balik rumah untuk tengok Amir, basuh kain baju kotor dan amik kain baju bersih. Selebihnya, makan dan tidur kat wad ni, di samping temankan Ain.
Mudah-mudahan sempena hari Jumaat ini, kesihatan Ain akan bertambah baik dan terus baik. Insya Allah. 
Kalau sudi, minta tolong doakan anak solehah MPA ya, Ain Humaira. Semoga doa kalian akan berbalik juga kebaikannya kepada sahabat-sahabat MPA sini. Insya Allah.
Wallahua'lam
Share:

Monday, May 23, 2016

Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sebelum ni MPA ada kata yang MPA ada dapat buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki, selepas itu MPA pun ada beli buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Ok, hari baru MPA sempat nak bercerita.

Nak kata buat review tu, tidak lah. Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat. Mana tau ada yang boleh ambil manfaat.
Macam tajuknya, buku ini berkaitan dengan rezeki tapi bukan rezeki setakat wang ringgit sahaja, rezeki itu luas. Buku ini mendedahkan cara 'menjemput' rezeki. Selama ni mungkin kita sibuk 'mencari' rezeki, tapi sebenarnya 'menjemput' rezeki lebih mudah dan murah berbanding 'mencari' rezeki, jika tahu dan kena caranya. Yang penting ikhlas & istiqamah. Insya Allah, rezeki sendiri yang datang kepada kita. 
Antara kata-kata yang menarik perhatian MPA daripada buku ini ialah :
"Tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya"
"Tidak perlulah kita bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki kita menjadi sempit atau berasa hebat apabila rezeki melimpah ruah"
"Orang beriman itu, sikapnya seperti ikan. Walaupun berenang di lautan, isinya tetap tidak berubah menjadi masin"

Banyak lagi sebenarnya tapi itu sebahagian la yer. Mungkin ramai yang dah tau caranya tapi kadang ni kita terlupa. Sekurangnya, melalui buku ini, mengingatkan kita mana-mana yang terlupa disamping menambahkan pengetahuan kita bagi mana-mana yang kita baru je tau. Kan untung tu.

Wallahua'lam
Share:

Friday, May 20, 2016

Wisdom words with muffin

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


Harini, semua staf opis MPA terima muffin, siap ada wisdom words lagi kat plastik luar.


Alhamdulillah, murah rezeki kami & orang yang memberi. Tapi disebabkan MPA ni peminat wisdom words, memang MPA kutip la sebab tau budak-budak ni confirm buang punya. Uish, sayang tu, cantik lagi. 


Walaupun simple, tapi wisdom words tu yang penting. Hihi
Tak putuskan lagi nak letak kat mana.
Kat letak kat monitor, sarat sangat pulak.
Hmm..nantila, akan difikirkan.
Mana wisdom words yang MPA tak dapat tu, capture gambar jela. Hihi

Sebenarnya wisdom words ni bagus bila kita stress ke, atau rasa serba tak kena, sekurangnya bila kita terbaca, rasa kurang sikit. Kadang tu, siap rasa termotivasi lagi. Itu yang MPA rasa. Lagipun, boleh juga jadi modal MPA buat entri, ye tak? Hihi

Happy weekend everyone!!
Share:

Thursday, May 19, 2016

Bahaya juga jadi orang pertama ni

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Alhamdulillah

Sekarang macam-macam cerita kita boleh dapat, cepat pulak tu. Yela, kadang baru kejap tadi kuar berita, dah ada kat internet. Tapi tak kurang juga ada yang direka-reka sampai jadi viral. Ish..ish..bahaya tu kalau tak betul, boleh menjatuhkan dan mengaibkan orang lain.

Kan lebih baik kita tapis dulu segala berita yang diterima sebelum menyebarkannya, mana tau ianya cuma andaian dan khabar angin je tapi jadi macam berita betul pulak.

Kalau yang betul tu, sebarkanlah untuk kebaikan bersama. Tapi kalau rasa tak betul tu, sampai kat kita je udahla. Yang terbaik dapat tanya pada orang yang berkenaan untuk pengesahan berita tersebut. Terpulang pada empunya badan untuk berterus terang andaikata ia melibatkan maruah dan aib. Apa yang penting, kita elakkan diri dari berita yang lebih kepada khabar angin untuk kebaikan bersama.

Wallahua'lam

P/s : sekadar peringatan untuk diri MPA dan sahabat-sahabat agar lebih berhati-hati terutama dunia tanpa sempadan sekarang ni.
Share:

Wednesday, May 18, 2016

Monday, May 16, 2016

Mati itu pasti!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Lambat pulak bersiaran hari ini.
Sebenarnya MPA balik kampung suami.
Awal pagi tadi dalam pukul 5 macamtu, kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan berita pemergian, tapi kali ini atok suami MPA.


Memang kami sekeluarga terkejut pagi ni. Atok suami dikatakan mengalami semput yang teruk malam tadi. Kebetulan beliau tinggal bersama anak beliau, iaitu pakcik suami, jadi beliau telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar. Tapi sudah tertulis, atok suami meninggal semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Mak mentua paling terkesan sebab ayahnya sendiri dan kami pon terasa juga tempias kehilangan beliau. Walau apapon, MPA mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh, insya Allah. 

Untuk bulan ini saja, MPA telah kehilangan sepupu pada 8hb yang lepas, makcik belah abah MPA pada 11hb yang lepas, dan yang terkini, atok suami pada hari ini.

Mati itu pasti, namun yang membezakan ialah saat dan ketikanya kita kembali kepadaNya. 

Wallahua'lam
Share:

Thursday, May 12, 2016

Telefon penting sekarang ni

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Sekarang ni telefon dah menjadi salah satu benda penting, mesti ada. Betul kan?
Bila takde tu, rasa serba tak kena betul.
Yela, nak telefon sapa-sapa tanya khabar atau apa-apa information pon susah.
Ginilah ceritanya, sebenarnya MPA ni tertinggal telefon dalam kereta.
Dah masuk dalam tren, baru perasan telefon tertinggal. 
Nak patah balik, dah terlewat, redah jela. Nak wat camne kan. huhu
Jadinya, harini sunyi sikit la sebab takde telefon.
Tapi nanti sekali tengok, ha, amik kau, berderet mesej semua (ye ke??)
Sekarang nak cari public phone pon dah susah.
Kalau ada pun, samada rosak atau dah takde rupa.

Walaubagaimanapun, sentiasalah beringat bawa telefon kemana-mana.
Dah bawa tu, jangan lupa tang bateri pulak yer.
Bawak tapi takde bateri, sama macam tak bawak la pulak, yer tak? Hihi
Share:

Wednesday, May 11, 2016

Tuesday, May 10, 2016

I am a toddler

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


I am toddler.
I am not built to sit still,
keep my hands to myself,
take turns, be patient,
stand in line or keep quiet.
I need motion, novelty,
adventure and to engage the
world with my whole body.
Let me play.
Trust me, I am learning.

Saya seorang kanak-kanak.
Saya tidak terbina untuk berdiam diri,
 dan memeluk tubuh,
menunggu giliran, bersabar,
berdiri di barisan ataupun diam.
 Saya perlu bergerak, sesuatu yang baru,
pengembaraan dan melibatkan
dunia dengan seluruh badan saya.
Biar saya bermain.
Percayalah, saya sedang belajar.

Luahan hati seorang kanak-kanak.

MPA sendiri akui kadang-kadang mengharapkan Amir melakukan sesuatu yang betul saja, tanpa sedar yang dia seorang kanak-kanak yang ada masanya perlu explore sendiri sesuatu perkara. Bukan semua perkara kita boleh biarkan saja ya, ada juga yang perlu bimbingan dan pemantauan kita misalnya ketika mereka bermain di taman permainan. Bukan tak kasi lepas bebas, tapi biarlah permainan itu bersesuaian dengan umur dan pantau supaya tidak ada kes yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan. Biarkan mereka belajar dengan cara mereka sendiri. Macam kita juga, ada perkara yang kita belajar sendiri melalui pengalaman. Bukankah pengalaman adalah guru yang terbaik buat kita semua?

Kita hargai, sokong dan nasihat sekiranya perlu; tanpa membiarkan mereka bersendirian. Sekiranya perlu diambil tindakan tegas, silakan tapi fikirkan adakah ianya berbaloi dan bersesuaian dengan peringkat anak-anak kita atau tidak. Beringat, jangan ikutkan sangat rasa amarah. Takut-takut perkara lain pula yang timbul.

Wallahua'lam.

Share:

Monday, May 09, 2016

Perjalanan Abadi

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Semalam pagi, kami sekeluarga dikejutkan dengan kehilangan sepupu yang sebaya dengan saya di Mersing, Johor.


Kebetulan saya balik ke Perak minggu ni. Jadi, ada rasa sedikit terkilan dengan pemergian beliau sebab tak dapat hadir bersama sepupu-sepupu dan makcik pakcik yang lain.
Nak dikatakan kami kamceng sangat tu, tidaklah juga tapi beliau merupakan rakan sepermainan saya masa saya kecil dulu. Masa kecilnya beliau sempat tinggal di KL sebelum berpindah ke Mersing.


Kali terakhir saya jumpa beliau pada bulan 3, saja balik ziarah sanak saudara. Tak sangka itulah kali terakhir saya akan bertemu beliau. Kehilangan beliau memang memberi kesan di hati kami. Sesungguhnya, mati itu pasti dan tidak mengenal darjat, pangkat dan umur. Semoga Mohd Fazli bin Sabdar Ali ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh, insya Allah.




Share: