Saturday, January 30, 2016
Thursday, January 28, 2016
Bila mak ayah cuti
Rezeki yang berkat
Sumber : Google
Apa maksud rezeki yang berkat?
Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus
Rezeki bukan sekadar dalam bentuk duit sahaja, malahan anak, kesihatan, keluarga dan macam-macam lagi adalah bentuk rezeki.
Mungkin ada yang pertikaikan, boleh ke hidup dengan duit gaji yang sikit?
Dalam zaman yang serba mencabar ini, mungkin nampak mustahil tetapi sebenarnya ianya tidak mustahil. Apa yang penting ianya berkat dan kita bersyukur dengan apa adanya. Barulah kita tidak merungut dan puas hati dengan apa yang ada.
Wallahua'lam
Mode tabahkan diri akibat kereta yang perlu dibaiki..sobs..sobs
Wednesday, January 27, 2016
Wordless Wwdnesday - Sabar
Wordless Wednesday - Don't lose hope
Tuesday, January 26, 2016
Motivasi - Antara lobak, telur dan kopi
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkanya di atas dapur api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia meletakkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata apa-apa. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Si anak melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Si ayah lalu meminta si anak mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, si anak mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, si ayah meminta si anak untuk merasa kopi. Si anak tersenyum ketika merasa kopi dengan aromanya yang khas.
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama; proses merebus, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan datang, bagaimana kamu menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Untuk renungan bersama.........
Bagaimana dengan kita?
Atau... Apakah kita adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik; namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan, kita menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.
Monday, January 25, 2016
Motivation - Being a mother
Saturday, January 23, 2016
Family Time - Hello Kitty Go Round Malaysia
HELLO KITTY GO ROUND!! tengah ada di Malaysia. Kepada peminat Hello Kitty, bolehla ke Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur. Hello Kitty memang comel kan?
Antara yang ada di Hello Kitty :
Macam-macam aktiviti dan bahan pameran yang ada. Antaranya Ichigoman, Lucky Ribbon, Sanrio Baby Race, Sanrio Cinema dan macam-macam lagi la. Selain itu, sudah tentu la ada cenderahati Hello Kitty seperti magnet peti ais, rantai kunci, beg dan macam lagi yang ada gambar Hello Kitty. Best kan?
Tiket masuknya ialah :
Harga tiket masuk bukan hanya untuk masuk saja, tapi ada cendehati diberikan sekali. Antaranya lanyard, collectible card, game voucher, dance performance & colour pencil.
Kalau berkesempatan, bolehla bawa anak-anak ke sini sambil luangkan masa dengan anak-anak. SAW memang tak dapat pergi la sebab Ain masih kecil lagi. Tapi untuk Amir, memang tengah seronok la ni cuma Hello Kitty kan selalunya dikaitkan dengan budak perempuan. Kurang sesuai sikit la kot untuk Amir.
Kalau ada sahabat yang dah pergi, jom kongsi pengalaman dengan SAW. Nak tau jugak SAW.
Friday, January 22, 2016
Cara Untuk Mendapat Pahala Setelah Mati
Sumber : Facebook
CARA UNTUK MENDAPAT PAHALA SETELAH MATI :
1. Beli Al-Quran kepada seseorang; setiap kali dia membacanya kamu mendapat pahala.
Selain itu, sedekahkan Al-Quran ke masjid, sekolah pondok mahupun sekolah tahfiz. Mudah-mudahan bermanfaat buat mereka dan kita pun dapat ganjaran. Kan best macam tu.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital; setiap kali orang sakit menggunakannya, nescaya kamu akan mendapat pahala.
Masa Ain di hospital tempoh hari, SAW perasan banyak juga kerusi roda hasil sedekah sebab kat kerusi roda tu, ada tertulis sumbangan daripada siapa. Alhamdulillah, banyak ganjaran orang yang bersedekah kerusi roda sebab memudahkan urusan orang lain.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
Kalau tidak banyak duit untuk bina masjid, menyumbang tenaga, kepakaran dan tanah pun boleh dalam pembinaan masjid. Ikut kemampuan masing-masing; tepuk dada tanya hati.
4. Meletak watercooler di tempat awam
Kalau musim panas macam sekarang ni, dapat air sejuk, nyamannya rasa. Beruntungnya orang yang sudi letak watercooler. Tapi kepada yang lain, dah ada kemudahan watercooler tu, sama-samalah kita jaga. Sayangnya bila amat memerlukan, ianya rosak pula.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia mahupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Kalau berjalan sewaktu panas, sebolehnya mesti kita nak lalu di tempat redup dan kurang panas seperti di bawah pokok. Paling tidak pun, kita nak tumpang berteduh kan? Kalau pokok buah pula, sambil berteduh boleh sambil menikmati buahnya bukan? Orang yang berteduh dapat manfaat, yang menanam pun dapat ganjaran.
6. Cara yang terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kepada semua; sekiranya ada orang yang mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu mendapat pahala.
Thursday, January 21, 2016
Apa persediaan kita sekarang?
Wednesday, January 20, 2016
Tuesday, January 19, 2016
Motivation - Grateful
The Strongest People
Monday, January 18, 2016
Kenapa rezeki susah nak masuk?
Sumber : facebook
Sunday, January 17, 2016
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz
Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.
Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).
Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)
Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:
Syarat-syarat:
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)
3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.
3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.
Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe
Hadiah yang bakal di menangi
Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA
Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org
Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016.
**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
With Love
Papaglamz
-seikian-