Monday, November 20, 2017

Tips tinggalkan rumah sebelum bercuti

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sekolah tinggal beberapa hari saja akan berakhir. Mana-mana yang ada anak bersekolah, rasanya anak-anak dah mula 'lemau' je nak ke sekolah. Kalau masih bersemangat lagi, memang terbaiklah.

Anak MPA, Amir yang tadika ni pun dah mula 'lemau'. Siap kira kat kalendar bila sekolah akan berakhir. Bangun pagi pun dah mula liat. Tapi bila sebut nama kawan baik dia, Azamuddin, terus semangat. 

Bila cuti sekolah panjang ni, rasanya ramai yang akan samada balik ke kampung ataupun pergi bercuti. Seronok tu sekali sekala menghabiskan masa bersama keluarga. 

Tapi dalam seronok nak bercuti tu, jangan lupa keselamatan rumah yang ditinggalkan. Di sini MPA suka nak kongsikan beberapa tips yang berguna sebelum kita meninggalkan rumah. Antaranya :
  1. Minta bantuan jiran, rakan ataupun saudara mara yang berhampiran untuk membantu menjaga rumah kita.
  2. Minta bantuan pengawal keselamatan kawasan perumahan kita ataupun beritahu pihak polis tentang ketiadaan kita. Mungkin tidak perlu selengkapnya. Cukuplah sekadar tempoh ketiadaan dan juga jangkaan masa tiba di rumah.
  3. Sebolehnya elakkan berkongsi atau mengumumkan percutian kita di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Walaupun majoritinya sahabat dan kenalan kita, tidak mustahil orang asing boleh mengakses status yang kita muat naik.
  4. Tinggalkan tirai sepertimana kebiasaan hari-hari biasa. Jangan tutup tirai jika kita biasa membukanya sebab mudah dijangka tiada orang di rumah.
  5. Pasang pengatur lampu automatik ataupun timer untuk lampu. Ianya akan membuatkan lampu menyala dan terpadam mengikut masa yang telah kita tetapkan. Ini dapat membantu menunjukkan rumah yang seakan ada penghuni walaupun pada hakikatnya ianya kosong.
  6. Minta bantuan jiran untuk menyimpan sementara surat atau barang yang sampai ke alamat kita. Surat dan barang yang banyak dihadapan rumah boleh mengundang kejadian jenayah seperti pecah rumah.
  7. Jangan lupa untuk mencabut semua plug di dalam rumah. Selain menjimatkan tenaga elektrik dan wang, sebenarnya banyak barang elektronik masih mengambil tenaga walaupun dalam keadaan mati.
  8. Jangan simpan kunci tambahan di lokasi yang biasa kita letakkan seperti bawah pasu, dalam kasut dan sebagainya. Dibimbangi ada yang pernah ternampak dan sudah mengetahui tentang lokasi tersebut. Cari lokasi baru dan buat peringatan tentang lokasi baru tersebut. Jangan terlupa pula.
Itu antara tips yang dapat MPA kongsikan. Sahabat semua ada lagi tips? Jom komen dan kongsikan dengan semua. Semoga ianya memberi manfaat buat semua. Insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, November 10, 2017

Tips Menghadapi Peningkatan Kos

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Saban tahun, kita memang tak pernah terlepas daripada merasai bahang peningkatan kos. Setiap tahun kos akan terus meningkat dan semestinya tidak akan menurun. Nak atau tidak, kita mesti menghadapinya juga tapi macamana?

Di sini MPA kongsikan beberapa tips untuk menghadapi peningkatan kos yang kerap meningkat ini. 
  1. Buat senarai barangan yang perlu dibeli sebelum keluar berbelanja. Bezakan antara kehendak dan keperluan supaya tidak berlaku pembaziran di kemudian hari.
  2. Bagi ulat buku, mungkin boleh berkongsi majalah atau bahan bacaan lain dengan rakan-rakan atau bergilir-gilir membeli untuk menjimatkan perbelanjaan. Ataupun boleh juga membaca buku tersebut di perpustakaan.
  3. Kepada yang minat melancong ke luar negara, mungkin boleh beralih arah melancong di dalam negara saja bagi menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan aliran wang ke luar negara.
  4. Bagi yang melanggan dengan stesen televisyen berbayar, fikirkan semula adakah semua saluran yang dilanggan itu akan ditonton? Sekiranya masa kita berada di luar lebih lama, jangan langgan pakej yang tidak ditonton.
  5. Elakkan belian secara kredit dan amalkan belian tunai untuk mengelakkan bebanan tambahan.
  6. Bawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan, semestinya lebih bersih dan khasiatnya lebih terjamin.
  7. Bagi yang gemar dengab barangan berjenama dan mewah, inilah masanya untuk beralih tumpuan kepada barangan tempatan. Barangan tempatan bukan saja setanding dengan produk import dan berjenama, malah harganya lebih murah.
  8. Amalkan menyemak kandungan bil utiliti seperti bil elektrik, air, internet dan sebagainya setiap bulan. Semak sebelum membuat bayaran sebab dibimbangi terdapat kesilapan ataupun caj yang tidak disedari.
  9. Setiasa peka dan sebolehnya merekod perbelanjaan harian untuk menganalisis aliran wang tunai setiap bulan. Kita dapat kenalpasti samada kita ini boros atau tidak.
Itulah antara tips yang boleh MPA kongsikan. Kalau ada yang nak tambah, dipersilakan. Semoga memberikan manfaat kepada semua. 

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, November 06, 2017

Peperiksaan SPM 2017 bermula

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah, harini hari pertama Peperiksaan SPM. Hari pertama kebiasaannya kertas Bahasa Melayu. MPA percaya, format sekarang mesti jauh berbeza dengan zaman SPM MPA dulu.

MPA ambil SPM tahun 1999. Tahun ni 2017. Kiranya hampir 20 tahun juga tu. Jadi tak mustahil memang format berubah. SPM tahun 1999 adalah tahun terakhir guna format aggregat tau.

Siapa sempat merasa dan ingat lagi macamana nak kira aggregat? Serius, MPA memang dah tak ingat langsung. Haha. Dulu gigih kira-kira agregat. Kalau ada keputusan yang kurang elok untuk satu, dua subjek tu terutama yang elektif, masih boleh cemerlang lagi. 

Masa tu orang cuma tanya, pangkat berapa, berapa anggregat. Jadi, orang tak tau detail subjek apa dapat apa. Hihi. Masa tu cuma ada Pangkat Satu, Pangkat Dua dan SAP (Sijil Am Pelajaran). Yang SAP tu kira macam gagal la. Eh, kalau tak betul, tolong betulkan MPA ek. Hihi

MPA takdela tips specifik tapi apa yang dapat MPA boleh kongsi ialah mohon pada Allah, jaga hubungan dan silaturahim dengan ibubapa, adik beradik, atok nenek, kawan-kawan dan semua orang.

Alhamdulillah, rezeki MPA duduk asrama Tingkatan 4 dan 5. Jadi, MPA ambil SPM diperantauan. Jadi memang banyak diadakan Solat Hajat, bacaan Surah Yasin dan sebagainya. Kadang tu, kitorang buat satu kumpulan kecil untuk baca Surah Yasin berjemaah. Ada masa kadang MPA buat sendiri-sendiri samada di Surau atau bilik sendiri.

Mohon banyak-banyak pada Allah semoga dipermudahkan dan dapat ilham untuk menjawab. Yela, bila ada dalam dewan peperiksaan, perasaan gemuruh tu ada walaupun dapat dikawal. Tak mustahil boleh blank kan? Banyakkan berselawat keatas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, semoga ditenangkan untuk menjawab.

Bila dah selesai segalanya, MPA akan tutup buku terus untuk subjek tu. Ada sesetengah orang, suka nak bincang apa yang dijawab. Kalau MPA, MPA akan lari. Sebab ianya akan pengaruhi emosi dan mengganggu konsentrasi untuk jawab kertas seterusnya. Tak kesahla selang masa kertas seterusnya 2-3 hari lagi pun.

Kalau betul nak bincang apa yang dijawab, bincang bila selesai semua subjek. Tapi mesti masa tu dah tak fikir langsung dah kan sebab masa tu dah MERDEKA! Betul tak? Hihi

Okla. Buat calon SPM 2017, termasuklah adik MPA sendiri, semoga dipermudahkan urusan adik-adik semua dan semoga mendapat ilham untuk menjawab soalan yang diberi dengan terbaik. Buat calon SPM yang sedang diuji dengan ujian banjir, kuatkan semangat korang tau. Insya Allah, ada hikmah semuanya berlaku. Jangan putus asa ya.

All the best and good luck semua!

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, November 02, 2017

Welcome November and all the best to SPM candidate

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah. Kita dah masuk bulan November. Tinggal sebulan saja lagi nak melangkah ke tahun baru, 2018. Cepat betul masa berlalu. Ya betul, masa takkan sekali-kali menunggu kita. Kita yang perlu mengejar masa. Tapi kita ni selalu je ketinggalan kan? Huhu
welcome november

Sekarang ni, kebanyakan anak-anak yang sedang bersekolah sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. Semoga berjaya buat anak-anak semua. Dan SPM pula akan bermula pada hari Isnin akan datang ni, 6hb November. Cepat betul kan SPM tahun ni. MPA tahu ni pun sebab adik bongsu MPA bakal menduduki peperiksaan SPM. Mesti tengah berdebar-debar. Rasa macam semua tak abis lagi pulun.

Insya Allah, kalau dah berusaha sedaya upaya, redha dan tawakal sajalah nanti sewaktu menduduki. Sebab kadang kita ni bukan main lagi pulun dan menghafal, tapi bila dalam dewan peperiksaan, terus blank.Tu semua tak mustahil kan?

Buat masa sekarang ni, lakukan solat hajat setiap malam dan panjatkan doa banyak-banyak kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan. Hubungi ibubapa, datuk nenek, saudara mara; mohon maaf atas segala salah dan silap samada dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Kuatkan semangat dan jangan mudah menyerah kalah. Dalam sibuk menelaah ini, jangan lupa jaga kesihatan juga tau. Susah nanti bila tak sihat pada hari peperiksaan.

Akhir sekali, setelah puas berdoa, berusaha, berikhtiar, letakkan tawakal kepada Allah. Berlapang dada untuk menerima segalanya. Insya Allah, perancangan Allah itu indah dan Allah sepertimana sangkaan hambaNya. Bersangka baik saja atas semuanya. Ada sesuatu yang Allah sedang sediakan untuk kita. Insya Allah.

Good luck SPM 2017 candidates

All the best and good luck to all SPM candidate. Be the best among the best!

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: