Friday, May 26, 2023

Renew Membership Mudah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Baru-baru ini Ummi pergi ke rumah sahabat Ummi. Rumah beliau ada security guard menjaga. Jadi, kena serahkan lesen memandu atau kad pengenalan untuk rekod. Bagi Ummi, Ummi prefer bagi lesen memandu.

Nak dijadikan cerita, baru Ummi perasan rupanya lesen memandu Ummi dah expired masa birthday baru-baru ini. Inilah penangan tak berapa nak periksa lagi-lagi lesen memandu sebab mentang-mentang renew untuk jangka masa yang lama. Sekarang lesen memandu boleh renew untuk 10 tahun, boleh lupa terus dibuatnya. Hahaha

Nasib baik tak kena denda cuma kalau nak renew setahun tak boleh. Kena renew lebih daripada setahun macam 2 tahun, 3 tahun dan seterusnya. Tapi tarikh expired tetap sama, pada hari lahir. Kesimpulannya, jangan seronok sangat hati berbunga-bunga pada hari lahir. Silalah semak lesen memandu dan yang sewaktu dengannya juga. Takut-takut expired rupanya. Sila jangan tiru aksi ini ya. Huhuhu

Selain lesen memandu, renew membership Shaklee juga pada hari lahir juga. Cuma untuk renew membership Shaklee, senang sangat. Hanya beli apa-apa produk Shaklee dalam masa 3 bulan sebelum atau selepas tarikh expired ataupun senang ingat, tarikh lahir kita. Maksudnya tak ada yuran keahlian tahunan. 

Kebetulan 3 bulan sebelum expired membership Shaklee Ummi, ada customer nak beli ESP dan Omega. Alang-alang, renew membership Shaklee sekali la jawabnya. Dekat web Shaklee, akan ada reminder yang membership akan expired. Bila membeli, klik saja bahagian renew membership. Tiada kos dikenakan. Senang cerita!

Kalau kalian nak sertai keluarga Shaklee yang renew membership mudah sangat ni, boleh klik sini 👉https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1265902 .

Tapi kalau kalian perlukan bantuan Ummi ataupun nak sembang-sembang lagi tentang Shaklee dengan Ummi, terus saja tekan sini 👉 http://byciksaw.wasap.my.

Ummi akan bantu sebaik yang boleh. Insya Allah.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, May 22, 2023

Makan vitamin secara percuma

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
Allahumma Solli Ala Muhammad

 
Sabtu semalam adanya Shaklee Funday yang menghidangkan jamuan makan-makan dan boleh try produk Youth serta makan vitamin percuma. Maksudnya, kalau nak test dulu sebelum beli terutama Youth tu, memang berbaloi.

Tapi sebenarnya bukan masa funday je boleh boleh makan vitamin percuma. Beli produk Shaklee pun boleh dapat makan vitamin percuma juga.

Sebab Shaklee ada program cash rebate. Maksudnya bila kita beli produk Shaklee, Shaklee akan bagi kita dalam bentuk cash rebate. Berbaloi sangat aih.

Sebab itu masa daftar keahlian yang RM 35 tu saja, kena isi bahagian bank. Bukan saja-saja simpan buat kenangan, tapi untuk program cash rebate ini lah.


Bila banyak sangat dapat cash rebate, jadi nak beli vitamin guna saja cash rebate tu. Itu yang jadi percuma. Berbaloi kan?

Jadi, kalau nak sertai tekan sini saja --> https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1265902

Atau, boleh mesej umie di sini --> http://byciksaw.wasap.my

Lot's of love,
Share:

Tuesday, May 16, 2023

Syawal bakal berakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://www.mamapapaamir.blogspot.com

Syawal bakal berakhir. Rumah terbuka makin banyak. Yang pasti, nak ke mana-mana, jalan agak sesak. Tambah dengan cuaca panas sekarang ini. Memang mencabar.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kita bulan puasa bukan pada waktu sekarang ini. Sangat mencabar buat anak-anak yang baru nak berlatih puasa. Benarlah Allah juga yang tahu segala yang terbaik buat kita.

Untuk beberapa hari yang berbaki di bulan Syawal ini, Umie tengah marathon puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sayang sebab Umie dah puasa 4 hari, tinggal 2 hari saja lagi. Walaupun panas, redah jela. Yang tengah marathon puasa 6 juga sekarang ini, semoga berjaya. Yakin boleh!

Banyak sangat hadiri rumah terbuka haritu, dengan ditambah makan sedap-sedap tahap susah nak tolak, seram nak naik penimbang. Di harap dengan puasa ni, dapatlah bantu turunkan berat balik sebab bila berat naik, antara masalah Umie adalah sakit kaki, terutama bangun awal pagi. Rasa macam dicucuk duri. 😭

Haritu masa bulan puasa, Umie ambil Set Hello New You. Kebetulan ada promo, inilah masanya. 

http://www.mamapapaamir.blogspot.com

Umie ada masalah sembelit. Alhamdulillah, sejak ambil Set Hello New You membuang memang lawas. Anak pun tegur juga nampak Umie kurus sikit. Hehehehe. Sukanya 😍

Hello New You Set ada :

http://www.mamapapaamir.blogspot.com

💝 Cinch : bantu kurangkan nafsu makan dan beri kenyang lebih lama.
💝 Herblax : bantu detox usus, kempiskan perut dan legakan sembelit.
💝 Alfalfa : bantu detox darah dan membuang air berlebihan dalam badan.
💝 Lecithin : bantu pecahkan lemak kepada molekul halus untuk kurangkan lemak terkumpul dalam 
       badan.

Yang best, free shaker dan satu tong lagi cinch. Tambah free keahlian dan free penghantaran.

Aish, banyak betul free. Murah hati betul la shaklee ni. Itu yang rugi kalau tak grab masa promo ni. 😍

Kalau kalian nak sama-sama turunkan berat badan yang naik semenjak raya ini, kalian boleh klik link ini 👉 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P805?sid=1265902 atau boleh kontek Umie di sini 👉 http://byciksaw.wasap.my tentang set ini.



Lot's of love,
Share:

Wednesday, May 10, 2023

Hari Raya Open House

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Salam 19 Syawal semua. Hari Raya open house banyak tahun ini. Bukan open house saja, open office pun ada juga. Meriah!😍

Setakat ini Umie sudah pergi 3 open house. Umie percaya hujung minggu ini lagi banyak open house dan ada disekalikan dengan kenduri sama ada kenduri khawin, kenduri aqiqah mahupun kenduri doa selamat. Almaklum, Syawal bersisa beberapa hari saja lagi.

Dalam kemeriahan open house, jangan terlupa jaga kesihatan. Bila open house. semestinya makanan sedap-sedap, memang menarik perhatian. Air yang dihidang pun boleh tahan juga manisnya. Jadi, haruslah beringat sendiri. 

Bila pergi open house, semestinya kita akan sibuk bersembang. Kepada yang ada anak kecil, sentiasa pantau dan perhati anak kalian. Kalau ada sikap yang kurang elok, tegurlah dan jangan dibiarkan.

Diakui anak-anak kecil memang agak nakal tapi kena juga kita hormat pada tuan rumah. Mungkin di mulut tuan rumah kata tak apa, tapi di hati kita tidak tahu. Sekurangnya kita jaga adab ziarah menziarahi dengan tak menyakiti hati orang lain.

Umie pernah juga satu masa dulu buat Hari Raya open house. Alhamdulillah, ramai juga tetamu yang datang. Memang meriah dan seronok walaupun agak penat sikit. Tapi sekurangnya dapat mengeratkan silaturahim di kalangan jiran, saudara mara dan kawan-kawan. Insya Allah, semoga direzekikan satu hari nanti untuk Umie buat Hari Raya open house. Aamiin.

Kepada sahabat-sahabat yang akan mengadakan Hari Raya open house, semoga dimudahkan urusan kalian dan semoga majlis kalian berjalan lancar. Semoga majlis kalian juga diberkati oleh Allah. Insya Allah.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: