Thursday, September 19, 2013

Amir - Tabung


Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Anak mama bujang yang baru sorang ni sekarang pantang nampak tabung. Confirm dia menangis-nangis mintak. Bukan untuk dibuat main masuk mulut, dia mintak dikeluarkan duit dalam tabung tapi bukan untuk dibelanjakan, tapi untuk dimasukkan balik dalam tabung ikut lubang keciknya tu.

Puncanya papa memang tak suka nak bawak kemana-mana duit syiling. Kalau dia balik dari kerja atau balik dari mana-mana, duit syiling yang ada kat kocek dia akan dimasukkan dalam tabung.

Suatu hari tu papa saja bagi duit syiling pada Amir suruh dimasukkan dalam tabung. Mula-mula biasala budak-budak, kena bantuan jugakla. Alhamdulillah sekarang dah bole masuk sendiri.

Cuma dia tak puas kalau sikit. Dia akan mintak lagi sampai dia puas. Jadi, kami bukak tabung tu keluarkan sikit duit syiling, dia masukkan balik. Alahai anak.

Semoga dah besar Amir bijak berbelanja dan menabung untuk kemudahan masa hadapan. Insya Allah. Aamiin

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab