Friday, September 20, 2013

Trip to Mersing, Johor - Part 3

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Ok, mama sambung balik yer.

Ahad tu, seawal pukul 7 pagi lagi kami dah gerak ke pantai Air Papan. Excited punya pasal. Hehe.
 

Mulanya Amir takut nak jejak kaki. Dah lama dia tak jejak pasir pantai. Bila dia dah selesa, apa lagi, mandi tak ingat dah, sampai biru menggigil-gigil mandi air laut. Lagi-lagi kami sampai awal, air masih sejuk lagi. Tapi dia dah berendam. Seronok dia lagi-lagi kena agah dengan makcik pakcik atok nenek dia melayan. Lama jugakla kami berendam. Sampai kecut-kecut tangan masing-masing. Hehehe

Dalam pukul 11.00 pagi jugak  baru kami balik ke rumah makcik. Penat-penat tu, Amir kejap je dah lena tidur lepas dia makan tengahari. 

Dalam petang pukul 3 macam tu, kami jalan-jalan pekan Mersing. Mak dan adik mama nak cari benang kait. Mak mama tengah berjinak-jinak balik dengan kait. Dulu masa kami kecik-kecik dah selalu jugak mak mengait. Ni baru nak mula balik. Jalan basah kan? Baru lepas hujan ni. Musim hujan petang. Masa ni atok Amir dan papa Amir takde, pergi memancing. Puaslah diorang memancing kali ni walaupun dalam hujan-hujan.


Malam, kami buat berbeque tapi mama tak dapat nak ambil gambar sebab mama penat sangat, tidurkan Amir dengan kita-kita sekali tidur. Hehehe

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab