AFB Feed

Saturday, September 28, 2013

Application : Whatsapp

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Ikhsan Mr. Google Image

Baru-baru ini, atas inisiatif sepupu mama, dia buat group dalam aplikasi Whatsapp dengan nama 'My Family'. Mama terkejut mulanya, group mana la pulak ni. Tanya punya tanya, oh, ahli keluarga sepupu belah abah mama, ingat keluarga mana satu. Sebab adik beradik papa pon ada buat group dengan nama 'Anak menantu mak dan abah'. Bukan setakat tu je, sahabat-sahabat dari zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah dan zaman universiti pon ada buat group masing-masing.

Apa-apa pon, dari sudut positifnya, ianya dapat mengeratkan ukhwah balik mana-mana yang dah longgar, yang dah lost contact, dan sebagainya selain dapat tahu perkembangan terkini diri masing-masing samada dari sudut kerjaya mahupun keluarga. 

Contohnya, Mama bila ada group ni, barulah mama tahu dalam 2 tahun lepas (2011 macam tu), seorang sahabat masa mama sekolah rendah telah kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung semasa memandu yang menyebabkan dia melanggar pokok dan meninggal dunia di tempat kejadian. Dia meninggalkan seorang balu dan anak perempuan yang masih kecil, berumur kira-kira 5 tahun pada masa tu. Sedih bila teringatkan sahabat mama tu sebab dia masa sekolah dulu budak yang pintar, tak pernah timbulkan masalah dengan sesiapa dan sangat rajin menolong sahabat-sahabat dia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan dia bersama orang-orang yang soleh. insya Allah, aamiin.

Al-Fatihah buat Allahyarham Shah Redza (1982 - 2011)

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab