Tuesday, September 10, 2013

UPSR

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
sumber Google image

Harini start peperiksaan UPSR kan?. Semoga berjaya ye yang ambil peperiksaan ni. Buat yang terbaik!!

Mama dulu masa ambil peperiksaan UPSR dugaan betul sebab sehari sebelum peperiksaan, nenek belah abah meninggal. Satu famili balik kampung Johor sana tinggal mama sorang-sorang kat rumah. Abah masa tu terus datang sekolah nak bagitahu pihak sekolah yang arwah nenek meninggal dan ambil adik sekali (beza umur adik mama dan mama cuma setahun je, masa tu adik Darjah 5). Rasa sedih jugak masa tu dengan arwah nenek meninggal, tinggal sorang-sorang pulak tu, nak ambil periksa pulak esoknya. Itula first time mama kena tinggal sorang-sorang.

Abah pesan duduk tumpang rumah jiran sementara abah balik kampung sebab kebetulan anak jiran sebaya dan ambil periksa sama tapi mama degil, taknak. Sanggup duduk rumah sorang-sorang sebab taknak duduk rumah jiran. Alhamdulillah, jiran mama faham, dia la temankan mama. Tapi kejap je, sebab abah dalam malam tu dah balik ke sini dah. Tapi masa tu kecik lagi, macam-macam fikir, abis satu rumah mama bukak lampu. Takut punya pasal. Hehehe

Alhamdulillah, keputusan UPSR mama ok la jugak. Cuma agak ralat jugak tak dapat jumpa arwah nenek buat terakhir kali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dariNya dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Insya Allah. aamiin.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab