Monday, December 02, 2013

Big Bad Wolf 2013

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Insya Allah, Jumaat ini bermulanya pesta buku 'The Big Bad Wolf Book Sale' yang bertempat di The Mines, Seri Kembangan selama 10 hari.
Dengar ceritanya, buku-buku yang dijual murah-murah dan dibuka 24jam.
Mana-mana yang tak sempat pergi siang, tengah-tengah malam pon boleh pergi.
Tahun lepas dah ada tapi mama tak dapat pergi sebab Amir kecil sangat lagi.
Amir baru dalam 9 bulan macam tu.
Mama tak biasa nak bawak budak-budak kecil jalan tengah-temgah malam.
Tak elok untuk kesihatan dia dan juga contoh yang tak elok untuk dia.
Dan mama tak biasa bawak budak kecil pergi ke tempat-tempat sesak.
Sebab mama dan papa Amir tak minat tempat sesak-sesak ni.
Insya Allah, tahun ni mama ingat nak pergi.
Tapi mestilah pergi siang hari.
Papa Amir pon tak minat nak pergi malam-malam ni.
Ya Allah,
Jika ia memberikan faedah dan kebaikan kepadaku dan ahli keluargaku,
maka Kau redha dan dipermudahkanlah urusan kami
Dan sekiranya ia memberikan mudarat dan keburukan kepada kami
maka Kau halangilah kami dan jadikanlah hati kami redha dengan ketentuanMu
aamiin
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab