Sunday, December 01, 2013

Pelekat Boboiboy Musim Ke-3

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu.
Apa aktiviti sahabat-sahabat mama harini?
Mama tak kemana dan tak ke taman harini sebab sejak dari pagi mendung je.
Sekejap-sekejap hujan pulak.

Papa Amir, atok, nenek dan makcik-makcik Amir ke Semenyih pagi ni nak bersihkan rumah Cik Ngah sebab ada orang nak sewa rumah Cik Ngah.
Cik Ngah nak buat homestay je rumah Cik Ngah tu.
Kalau-kalau kami saje nak duduk Semenyih, ada la lagi rumah persinggahan.

Tadi mama terbaca entri +yang baik Ishak pasal Butang Lencana Boboiboy. Boleh baca kat SINI.
Tinggal satu je lagi koleksi butang lencana sahabat mama ni.
Rajin betul dia mengumpul.
Cara nak kumpul kena la beli Solivite.
Ada dalam pakej Solivite.

Mama baru ada tiga.
Takla kumpul pun, ada beli ada la.
Bukan setakat butang je yang diberi, pelekat pon ada.
Mama lagi minat pada pelekat sebab mama suka nak lekat pada buku nota mama.
Macam budak-budak je kan?. Hehe

Tapi pelekat ni bukan mama lekat kat buku nota mama je.
Laptop adik mama pon jadi mangsa mama.
Tapi dia budak-budak lagi, dia rileks jela.
Hehehehe
Amir pon nak tunjukkan kreativiti dia juga.
Ni ditampal kat almari hiasan nenek dia.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab