Tuesday, December 24, 2013

Frust sikit

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Frust sikit? Ape tu yer?
 
Macam ni ceritanya.
Mama dah apply cuti untuk hari Khamis dan Jumaat ni dari hujung bulan lepas.
Mama rancang cuti mama, bukan tak rancang.
Lainla mama dalam minggu ni baru nak apply tak pon hujung minggu lepas.
Alih-alih harini bos mama EL dengan alasan tayar pancit.
Jumaat lepas dia cuti rilek je bole, takde pesan apa-apa pon.
 
 
Harini bos mama email dari rumah dia ke mama suruh mama cari pengganti mama dari jabatan lain sebelum pukul 11pg.
Kalau tak, cuti mama kena tolak. (Dah kena tolak pon...huhuhuhuhu)
Terkejut jap mama, yela takkan sedap-sedap mama je nak minta staf jabatan lain.
Kita ni orang kecik-kecik je. Orang-orang besar la bercakap sesama dorang.
 
Barulah mama tau yang bos mama ni ada masalah komunikasi dengan semua orang.
Ramai yang tak suka dengan bos mama termasuklah bos yang paling besar.
Padanla selalu kena marah dengan bos besar.
 
Mama ada email ke ketua jabatan lain untuk minta pinjamkan staf dorang tapi takde jawapan pon. Mama ada tanya partner mama samada memang mama ke yang kena mintak staf dari jabatan lain untuk ganti mama. Partner mama kata tak, patutnya bos yang mintak. Macamana tu?
 
So, kesimpulannya, mama terpaksa Cuti Kecemasan pada Khamis dan Jumaat ni.
Korang jangan buat cam mama ek tapi kalau terdesak bole la kot.
Cuma pastikan partner kita ok dan tak membebankan dia.
Kalau tidak, kesian pulak dia nanti.
Kita sedap-sedap cuti, dia pulak yang terbeban sorang-sorang.
 
Share: