Saturday, December 14, 2013

Selamat berhujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Sekejap je kan dah hari Sabtu. Selamat berhujung minggu.

Harini papa Amir kerja, ada training bomba dan adik-adik mama tengok wayang kat Jusco Cheras Selatan.
Diorang tengok cerita Hobbit. Mama dengan Amir, Atok dan Nenek Amir je kat rumah.
Dah sikit je orang kat rumah, bingung pulak kan projek masak apa harini.
Oleh itu, toksah pening-pening, kami projek buat Laksam je harini alang-alang Amir tengah tido.


homemade je  laksam nye hasil tanya kat kawan-kawan nenek Amir yang pandai buat


potong mengikut sesuka hati, ada yang tebal ada yang nipis, hehe


antara rencah yang disediakan : bunga kantan, daun kesum, kacang panjang, sambal


ok, dah boleh mamam. mama jenis tak tahan pedas, jadi tak letak sambal langsung. hehe

Kepada sahabat semua, selamat menjamu selera.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab